Quantcast
Channel: Shark Razali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 877

Sepinggan Nasi Minyak

$
0
0
15 september
jam 5 pagi bangun,
bersiap untuk satu perjalanan jauh sempena cuti 16 september,
jam 7 bertolak dari kuantan,
singgah mencari sarapan,
Kopi O di pagi-pagi hari memang tiada tandingan.

menyambung perjalanan ke destinasi,
5 jam perjalanan akhirnya sampai ke Johor Bharu buat pertama kali
berpandukan GPS menuju ke rumah pengantin,
mudah sahaja rupanya.

"Datang ke negeri orang kena ler matching warna bendera"


setelah hampir 15 tahun tak ketemu,
akhirnyer kami bertemu di majlis perkahwinan Ketua Kelas Sekolah Rendah,
nasi minyak dilupakan,
bersalaman,berborak,bergambar diutamakan,
menggamit kenangan,bertemu kembali cintan monyet,bertemu kembali kaki buli,
jam 3 masing - masing mula beransur pulang,
Nasi Minyak menjadi santapan sebelum pulang,
(baru tahu adat orang jawa johor beri nasi kepada pengunjung)

jam 4 pulang ke Kuantan,
kali ni perjalanan pulang 4 jam.
sampai di rumah terasa keletihan yang amat.
berakhir satu perjalanan untuk sepinggan nasi minyak.

mandi dan berehat,
telefon tak berhenti berbunyi,
mesej dan nombor yang 15 tahun hilang akhirnya bertaut kembali,
tersenyum dan penat harini terasa hilang,

16sept - 17sept
demam 2 hari..
hehehehe.

18sept
mula mencari rentak kerja.

19sept
kembali normal



Viewing all articles
Browse latest Browse all 877