Quantcast
Channel: Shark Razali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 877

Boikot Nombor Telefon kod 03

$
0
0
dalam bulan ni rasanya dah banyak kali dapat panggilan dari nombor 03-xxxxxxx,
dah naik muak rasanya nak jawab,
naik marah pun ada,
tak nak angkat takut ada kecemasan,
bila angkatdah kena dengar penerangan  yang panjang,

rasanya dah ramai dapat panggilan dari pihak insuran.
semalam shark dapat panggilan insuran lagi,
dan yang paling tak logik boleh pula minta nom kad kredit/debit.
siap tanya lagi expired bila dan nombor 3 digit kat belakang kad kredit.

minta maaf banyak-banyak ler kalau nak minta nombor itu,
kalau nak ikutkan semua nombor pada kad kredit adalah rahsia,
sejak bila pula pihak insuran pandai-pandai minta nombor kad kredit,
nak buat akaun PayPal ker mintak nombor kad tu,
boleh jadi ramai yang hilang duit sebab kasi nombor kad kredit.

setakat ni memang shark boikot segala pembelian insuran dalam talian,
lebih selamat kalau guna insuran yang disediakan pihak bank.
dan lepas ini shark memang boikot nombor telefon bermula 03.
dah rimas nak jawab dan dengar,

kepada semua harap alert ler benda macam nie,
jangan terlalu senang bagi nombor yang terdapat pada kad kredit/debit anda.
Itu adalah rahsia kewangan anda.
boikot sahaja insuran dalam talian,
rasanya lebih baik ambil insuran dari pihak bank dan syarikat insuran yang berdaftar.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 877