Sudah masuk waktu petang.
tapi di kuantan setakat ini masih lagi gelap seperti pagi,
hujan masih belum berhenti lagi di sekitar Bandar Kuantan.
beberapa jalan menghala ke Bandar Kuantan sudah ditutup,
Jalan didalam bandar Kuantan juga sudah dinaiki air,
shark sendiri terkandas di Pejabat sekarang ni,
Bos kasi cuti peristiwa hari ini,
tapi malangnya jalan pualng ke rumah shark dinaiki air,
memang tak lepas nk balik.
shark kongsikan gambar gambar di sekitar Bandar Kuantan hari ini,
Jalan dari Kuantan atau Ke Kuantan Ditutup Jam 1 Tengah hari | sumber : Page Kuantan |
Jalan Utama Pekan - Kuantan Jam 1 tengahari | sumber : Page Kuantan |
Jalan Tanah Putih menuju ke Kuantan Jam 12 tengahari | sumber : Page Kuantan |
Jalan dihadapan Stadium Darul Makmur Jam 1tengahari | sumber : Page Kuantan |
Kolej Shahputra Jam 1tengahari | sumber :Page Kuantan |
Di tengah-tengah Bandar Kuantan Jam 12 tengahari| sumber : Page Kuantan |
boleh dikatakan musim kali ini agak teruk,
ramai yang terkandar di dalam bandar Kuanta,
tak boleh nak gambarkan kalau hujan masih beterusan,
kepada yang ingin menuju ke Pahang atau Kuantan,
boleh rujuk Page Facebook Kuantan..
disitu anda dapat mengetahui situasi berkenaan banjir dan suasana di sini,
ramai yang sentiasa update dari masa ke semasa.
harap semuanya selamat dan terkawal.
shark terkandas di Pejabat hari ini.
Pejabat dan rumah shark selamat setakat ini,
sebab bukan kawasan rendah dan bukan kawasan banjir.
tapi jalan pula mudah naik air.
Laluan utama shark ke pajabat dan rumah Jam 12 tengahari tadi. |