Rendang Haji Mahmud Kuala Lipis | sumber : Blog Azie Kitchen |
Rendang Haji Mahmud Kuala Lipis,
satu lagi resipi air tangan Tengku Puan Pahang yang shark ingin kongsikan bersama.
sebelum ni shark pernah kongsikan Resipi Sambal Hitam juga dari Tengku Puan Pahang ,
boleh cuba resipi rendang ini untuk menu 'open house' anda,
menu rumah terbuka anda semestinya lain dari yang lain.
jum kita lihat bahan dan cara membuat Resipi Rendang Hj Mahmud Kuala Lipis ini,
semua info shark kongsi dari Blog Azie Kitchen
resipi ini adalah untuk kuantiti 1kg daging
Bahan-Bahan
- 1 kg daging
- 2 serai - titik
- 30g asam jawa - bancuh dengan 1/4 cawan air panas ( saya guna 1 sudu besar pes asam jawa adabi)
- 2.5 cawan santan
- 2.5 cawan minyak masak
- Garam dan gula
- 100g bawang merah/10 ulas
- 10g bawang putih/3 ulas
- 200g bawang merah/20 ulas
- 70g lada kering/80 biji/1 mangkuk cili kisar (boleh kurangkan, jika tak mahu pedas)
- 150g halia (cuma guna segenggam)
- 7g kunyit hidup /1 inci
- 10g lengkuas/2 ibu jari
- 15g buah keras/5 biji
- 1 helai daun kunyit
- 2 helai daun limau purut
Cara-Cara Memasak
- Daging dipotong dadu sebesar 2 cm x 4 cm mengikut urat.
- Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah hiris sehingga garing dan wangi.
- Masukkan lada kering dan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan halia, bawang merah, lengkuas dan kunyit yang dikisar dan tumis sehingga naik bau. (Saya tak kisar secara berasingan kerana nak menjimatkan masa)
- Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan serai.
- Masukkan buah keras yang ditumbuk bersama garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga naik baunya.
- Masukkan daging dan kacau sehingga sebati. Apabila daging keluar air dan nampak pejal, masukkan air asam jawa. (Saya rebus dulu daging menggunakan pressure cooker bagi menjimatkan masa).
- Masukkan santan. Sentiasa kacau dan masak sehingga kering, lebih kurang 2 jam.
- SIAP - Boleh lah dihidangkan dengan nasi putih panas panas, lemang atau pulut kuning.
disana ada cara memasak dengan gambar sekali.
Blog Azie Kitchen : Rendang Haji Mahmud Kuala Lipis
Facebook Azie Kitchen
jangan ditanya kenapa nama rendang ini diberi nama sempena nama orang,
shark sendiri tidak begitu pasti,
tapi insyaallah akan cuba cari jawapan dan akan berkongsi nanti.
shark harapakan perkongsian kali ini dapat memberi idea untuk menu rumah terbuka anda,
selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370