Quantcast
Channel: Shark Razali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 877

cabaran 30 hari di Hari ke 17 | 5 Yang Dirindui

$
0
0
sekali lagi ingin mengimbau kenangan-kenangan lalu,
kalau tanya pekara yang dirindui semestinya zaman sekolah yang pasti tidak akan dilupakan.
penuh dengan memori yang lucu dan manis.

shark kongsikan antara 5 pekara yang dirindui di zaman persekolahan.

  1. makan maggi mentah - sekarang ada lg tak pelajar buat camni.makan maggi macam makan mamee..dulu-dulu memang boleh katakan makanan ringan je.lepas habis sekolah terus serbu kedai runcit.paling best bila letak serbuk tu.terasa betul kari maggi bila makan mentah.marveles.
  2. menjadi seorang pengawas di sekolah rendah dulu memang tidak dapat dilupakan.setiap hari isnin bertugas naikkan bendera,baca ikrar,check lencana pelajar memang dirindui.pangkat tinggi dah tu kalau dah jadi pengawas.
  3. sekolah menengah berada di asrama.ketika junior perasaan takut dibuli memang ada.bila dah senior mula jalan dengan bangga.rindu saat-saat lompat pagar waktu malam.hahaha..mencabar tu.pelbagai taktik ada.cyber cafe menjadi tempat lepak.
  4. siapa boleh lupa cinta monyet.dulu-dulu bercinta tak pakai phone.semua pakai surat.tulisan buruk pun nampak cantik.waktu tu memang kreatif le dengan pantun dan gabungan nama.hahaha.memori.
  5. zaman kolej pula sibuk dengan dating.rugi le kalau tiada pengalaman bercinta ketika usia remaja.rindu jugak suasana bercinta zaman kolej.
itulah antara pekara yang dirindui.
kongsi pengalaman untuk cabaran 30 hari.

semoga terhibur.
selamat bersegmen.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370


Viewing all articles
Browse latest Browse all 877