resepi kegemaran?
kalau nak suruh masak tu memang bukan bidang shark ler,
resipi kegemaran setakat ni adalah resipi daripada air tangan emak,
memang tak boleh lawan air tangan seorang ibu,
tapi shark akan kongsikan juga resipi kegemaran untuk task ke-19 dalam cabaran 30 hari.
ini bukan kali pertama shark kongsikan resepi,
resepi pertama shark pernah kongsikan disini,
resepi original dan resepi paling tinggi pageview dalam page shark.
resepi kedua shark kongsikan disini,
resepi ni paling ringkas dan mudah,
budak-budak pun boleh masak.
dan ini adalah resepi ketiga shark kongsikan.
Resepi Ayam Goreng Berempah Tak Kunjung Tiba
semoga bermanfaat
selamat mencuba
selamat menjamu selera

Bahan-Bahan
-sudah tentu ayam
-minyak masak,kalau boleh cap jalen
-kicap jalen
-sos jalen
-rempah ratus yg malas nak sebut sbb beratus-ratus
Cara Memasak
- Pastikan ayam yg digunakan sudah disembelih dan kalau boleh ayam kampung yg dahpun akil baligh.Untuk sembelih anda boleh panggil tok imam masjid kampung anda.
- Tuang minyak masak ke dalam kuali.Tunggu sehingga minyak betul2 panas.Anda boleh lah melakukan aktiviti lain sementara menunggu minyak panas.Ambil masa ini untuk melakukan senaman ringan.
- Cara untuk memastikan minyak sudah cukup panas, caranya mudah saja.Ambil jari anda,kalau malu anda boleh minta bantuan adik anda.Letakkan jari anda di tepi kuali dan bila secara spontan anda menjerit…adoi!! ,maka minyak sudah betul-betul panas.
- Pecah sebiji telur ayam dan masukkan ke dalam kuali tadi.Anda tidak perlu menggunakan hammer memecahkan telur tersebut,memadailah dengan menggunakan sudu ataupun pecahkan di tepi kuali dalam skala 90 darjah.
- Bila telur tersebut sudah panas angkat telur tersebut dan letakkan di pinggan. Hiaskannya dengan menabur bawang goreng ataupun timun untuk menambahkan lagi kesedapan makanan.
- Ayam tadi ambil dan masukkan ke dalam peti sejuk.Anda boleh gunakan pada hari yang lain.Inilah yang dikatakan family planning.
- Panggil sanak saudara ataupun rakan taulan ke rumah anda untuk merasai hasil masakan anda.Menu ini sesuai untuk hidangan 2 orang dan boleh ditambah dengan masak lagi beberapa telur ayam.
- Akhir kata selamat mencuba dan pasti anda tak akan boleh lupakan masakan ini sampai bila-bila.Tapi saya tak janji tau..kekekeke
semoga bermanfaat
selamat mencuba
selamat menjamu selera
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370