26 may 2013 menjadi pasangan bahagia |
Alhamdulillah,
Subuh 26 september 2014 lahir sudah orang yang dinantikan,
kelahiran anak pertama bagi sepasang suami dan isteri,
kelahiran cucu pertama buat kedua-dua belah keluarga,
kelahiran anak buah pertama buat kedua-dua belah pakcik dia,
selamat dilahirkan |
adik shark wanita tunggal dalam kedua-dua belah keluarga.
maknanya budak ini tiada makcik lagi setakat ini.
lahir seminggu awal dari jangkaan,
baru jer buat undian nama dia 2 hari lepas disini.
tak sabar nak keluar dah gamaknya budak nie,
syukur kedua-dua selamat,
tak sabar pula nak tunggu kelibat dia di Kuantan,
dia akan berada di Kuantan sepanjang sesi ibunya berpantang,
boleh ler jalani pengalaman awal sebagai seorang ayah bila dia ada kat sini,
meriah ler rumah dengan tangisan dia di awal pagi nanti,
meriah jugak ler cerita-cerita dia didalam blog shark,
blog orang bujang ni boleh jadi blog parenting pulak lepas ini.
selamat hari lahir anak buah Ayah Long :)
semoga bermanfaat.
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370