Quantcast
Channel: Shark Razali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 877

Tolong Tutup Kemas Pintu Kereta

$
0
0
pintu kereta tak kemas
pandulah dengan cermat

untuk hari ini sahaja terjumpa 4-5 orang pemandu yang kurang cekap,
bukan kurang cekap dari segi pemanduan,
tapi dari segi keselamatan diri,
kenapa masih ada lagi jenis tak pandai nak tutup kemas pintu kereta.

tak pasti mana silapnya,
cuai atau tergesa-gesa?
nak kata pintu rosak bila ditegur kemas pula pintu ditutup,
nak kata tak perasan , indicator pun ada menyala pada meter,
atas dasar kemanusian,bila tiba di traffic light shark akan tegur,
kebiasaannya di bahagian pemandu,
sudah ler pintu tak kemas,tali pinggang pula kau tak pakai,
mungkin terlalu hebat cara pemanduan dia sampai begitu sempoi bawa kereta
setakat ni alhamdulillah semuanya sudi terima teguran,
shark naik motor,
jadi memang mudah ler nak menegur
ketuk je cermin tingkap kasitau terus,

pintu tak kemas
begini rupanya kalau tak pakai tali pinggang

cuma hari ini agak ralat sedikit dengan seorang pemandu,
pintu tak kemas di bahagian belakang,
sampai traffic light , tengok ada budak dengan baby seat di belakang,
nasib baik jugak le baby seat tu diikat dengan tali pinggang keledar,
bila ditegur cepat-cepat turun tutup,
kereta punya le best , takkan ler tak perasan indicator pintu tu menyala.
kemalangan tak berbau,bila-bila masa dia boleh berlaku.
elak selagi ia boleh menyelamatkan nyawa.

nampak remeh?
memang itu sikap semulajadi manusia,
benda remeh memang takkan dipandang berat,
bila yang remeh tu dapat mengorbankan nyawa baru nak pakai otak.

semoga bermanfaat
berhati-hati di jalan raya

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370


Viewing all articles
Browse latest Browse all 877