Mercedes Benz GLA - Class SUV | sumber : Paultan |
Mercedes Benz Malaysia telah keluarkan 3 model baru SUV Compact,
GLA 200 , GLA 250 dan GLA 45 AMG,
salah satu daripada model ini telah menarik minat shark untuk memilikinya.
SUV Compact memang kereta pilihan shark selepas model hatchback,
Proton Suprima dan Honda Jazz 2014 adalah kereta pilihan shark untuk tahun 2014,
buat masa sekarang masih lagi dalam proses kira-kira untuk memilikinya.
sejak kebelakangan ini,
SUV Compact mula mendapat tempat di pasaran Malaysia,
sekarang hampir kesemua pengeluar kereta mengeluarkan model SUV Compact.
yang biasa kita lihat diatas jalan adalah Mitshubishi ASX.
SUV Compact Mitshubishi ASX | sumber : motottrader |
saiznya lebih kecil dari SUV biasa dan lebih besar dari kereta biasa,
dari segi pemanduan semestinya lebih selesa dan lebih luas,
setakat ini kesemua model SUV Compact tidak mengecewakan dari segi design,
tidak perlu tambahan aksesori bila memiliki model SUV Compact.
seperti model terbaru ini, Mercedes GLA 45 AMG.
pandangan sisi GLA 45 AMG | sumber : Paultan |
pandangan depan GLA 45 AMG | sumber : Paultan |
pandangan belakang GLA 45 AMG | sumber : Paultan |
sekali tengok memang jatuh cinta terus,
harga pula boleh gugur jantung bila nak membayarnya.
RM378,888 untuk model GLA 45 AMG.
harga sebijik rumah boleh dapat,
tapi kalau dapat memilikinya memang satu kepuasan,
tidur dan makan didalam kereta jawabnya.
dengan model GLA 45 AMG ini bertambah lagi satu koleksi kereta impian,
sekarang dah ada 5 kereta impian untuk dimiliki kelak,
akan shark kongsikan untuk entry berikutnya.
bila dah ada impian baru ler ada semangat untuk terus bekerja
motivasi diri dengan impian.
semoga bermanfaat.
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370