Quantcast
Channel: Shark Razali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 877

Maaf Buat Salesman Salesgirl

$
0
0
salesman malaysia
notis untuk salesman dan salesgirl
buka sahaja pintu kereta di parking shopping kompleks,
mereka datang membawa seribu harapan,
berpakaian kemas dan bertutur manis adalah senjata mereka,
pelbagai promosi dan aneka barangan mereka bawa,
dengan harapan dapat memberikan mereka sedikit imbuhan.

maaf buat abang salesman dan kakak salesgirl,
bukan tidak mahu bantu,
shark tahu anda meraih pendapatan degan hasil jualan itu,
tapi cara pendekatan yang anda gunakan itu tidak berkenan langsung,
bila orang kata tak nak tak perlu anda bersusah payah membuat 'demo'
tolonglah jangan jual secara paksa,
when i say no is no.
bila ditolak secara baik anda seolah-olah tidak mengerti,
bila menolak secara kasar nanti anda pula terasa,

kenapa tidak gunakan pendekatan yang lain pula,
rasanya dah berzaman salesgirl dan salesman buat kerja begini,
kenapa tidak gunakan medium seperti kiosk,
kenapa tidak gunakan kemudahan yang ada di pasar malam dan pasar tani?
sewa sahaja kanopi yang disediakan,
buat banner dan meriahkan gerai anda,
tak perlu susah payah nak kejar orang di parking kereta dan rumah,
tidak perlu lagi terasa bila melihat notis dan signboard 'No Salesman'
no salesman allowed
hampir kesemua premis ada signboard ini
sedangkan orang yang jual racun perosak di pasar malam boleh dapat untung,
racun perosak yang kadang-kadang merapu pun ada orang beli,
kenapa pula tidak anda yang jual barangan yang lebih elok,

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370


Viewing all articles
Browse latest Browse all 877