Quantcast
Channel: Shark Razali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 877

Pengarah Dan Penerbit Drama Banjir Disiasat

$
0
0
berita palsu banjir
keratan artikel Awani 31 Disember
Beberapa pengarah drama dipanggil untuk siasatan mengenai drama banjir di Kelantan
beberapa Penerbit juga sedang disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).
mereka ini adalah antara individu yang menyebarkan berita palsu banjir di kelantan.
ini adalah spesis-spesis yang merbahaya di musim banjir yang pernah shark ceritakan disini.

terdapat 10 drama banjir yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini.
berita dan cerita palsu banjir ini sememangnya agak trending dan mudah disebarkan.
drama ini telah diterbitkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
pengarah drama  tidak memerlukan pelakon-pelakon hebat didalam cerita mereka,
khidmat Nora Danish,Neelofa,Hans isaac mahupun Aaron Aziz tidak diperlukan.
hanya perlukan plot dan jalan cerita yang diluar jangkaan untuk menarik minat orang ramai.
tanpa mereka sangka cerita mereka ini sungguh @#%$&*%^()*0...

shark kongsikan antara drama yang telah mereka arahkan dan diterbitkan
  1. Sepuluh orang sekeluarga terperangkap dalam rumah mati lemas di Guchil, Kelantan yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita.
  2. Keruntuhan pusat pemindahan Sekolah Manek Urai.
  3. Kerajaan menyembunyikan fakta ramai orang mati lemas kerana banjir.
  4. Pintu empangan di Selatan Thailand dibuka dan menyebabkan banjir di Kelantan.
  5. Bantuan daripada NGO untuk mangsa banjir tak sampai.
  6. Mayat kanak-kanak dikeluarkan daripada lumpur yang dikatakan mangsa banjir di Kelantan.
  7. Helikopter TUDM terpaksa disewa untuk keluar pesakit dari Hospital Kuala Krai.
  8. Seorang wanita terjun dari sekolah ke dalam air.
  9. Bantuan disekat oleh pihak berkuasa.
  10. Bantuan diterima oleh orang BN sahaja.
rasanya masih banyak lagi trending berita palsu banjir di kelantan,
ini hanyalah sebahagian yang dapat dikesan oleh SKMM,
sedang orang lain sibuk menyelamatkan mangsa banjir,
mereka sibuk membuat cerita yang @#%$&*%^()*0
platform Whatsap menjadi tempat mereka mengetengahkan kreativiti mereka.
dan orang ramai pula begitu senang mempercayainya,
berita palsu banjir
cerita sewa helikopter TUDM 
berita taknak tengok , suratkhabar jauh sekali nak baca
katanya politik kuat dan tak boleh dipercayai.
tapi berita dalam whatsap yang entah dari mana reporter boleh pulak percaya

shark ambil statement dari blogger Ben Ashaari harini mengenai sebaran fitnah di Whatsap.
Bila baca info tu , pastikan ada tarikh , sumber dan kemudian gi sahihkan di laman web mahupun facebook rasmi jabatan terbabit.. Bukan join sama sebarkan ! Adehyaiiiii .. Semak aihhhh ….
Sekarang ni , orang nak percaya pon dah susah bila dapat mesej melalui whatsapp .. kecuali ..
Yang.. aku nampak bf ko ngan awek mana tah tadi kat Alamanda.. Jalan berkepit wa cakap luuu !  Aku confirm tu bukan ko sbb dari belakang , badan dia slim siutt ! Ko gemuk kan ?“.
Dan ini makan dia ..
Yang .. yang berjalan ngan bf aku tu , mak dia laaa ! Adoiyai.. aku pun ada kat situ gak laaa .. Tu laa.. lain kali , sebelum nak mesej , bagi salam dulu.. Tanya la kat mana.. Khabar.. baru laa sebar fitnah.. Adoiyai..“.

Maka , selepas ini .. sebelum nak sebarkan info, sila pastikan info itu tepat  dan bersumberkan yang sahih jer.. Jangan bagi kawan aku punya jiran kata , jiran dia punya kawan kerja jabatan tu yang cerita .. Dan kawan tu pon baca melalui internet je pon ! Hahahaha.. Pening laaaa !

dah ada smartphone tapi tak pandai guna,
apa salahnya kalau sahkan berita tu dari mana-mana sumber,
bukan susah pun sekarang nak cari page FB Rasmi Jabatan yang terlibat.
tak perlu pergi cyber cafe pun sekarang.

diharapkan dengan kes 22 individu yang telah dipanggil oleh SKMM ini dijadikan pengajaran
tidak berbaloi dan tiada faedah langsung untuk berbuat demikian,
adalah lebih elok anda menolong mereka di pusat penempatan banjir dari membuat cerita.
lebih info dapatkan di Astro Awani | Berita Palsu Banjir , Individu Dipanggil

semoga bermafaat.

#PrayForPantaiTimur
#DoaUntukPantaiTimur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370


Viewing all articles
Browse latest Browse all 877