Quantcast
Channel: Shark Razali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 877

Seorang Sebiji Kereta

$
0
0

boleh dikatakan sekarang bilangan kereta di atas jalan semakin bertambah,
ada sahaja nombor plate yang baru setiap hari.
kereta pun bukan calang-calang yang keluar,
honda city , honda jazz 2014 , SUV Kompak , Axia dan Iris memenuhi di atas jalan,
tidak hairan lah kenapa setiap pagi jalan sentiasa sesak.
jalan jem.
jalan jem
on the road by kartunis LAT
shark masih lagi bermotosikal ke tempat kerja,
dan seperti mat-mat motor yang lain,
di setiap persimpangan lampu isyarat kami lah yang berada di depan.
cilok mencilok dengan begitu bergaya :)
setiap kali berhenti setiap kali itu jugak lah mata ini memandang kereta-kereta yang melintas,
dan boleh dikatakan 90% kereta yang ada hanya mempunyai seorang individu,
kereta besar tapi sayangnya hanya nampak driver yang keseorangan.
ini yang dikatakan seorang sibiji kereta,

kalau tak silap dulu shark rasa macam ada kempen berkongsi kenderaan,
entah masih boleh diguna pakai zaman sekarang,
dulu mungkin kes kenaikan harga minyak yang sampai ada kempen kongsi kereta,
harga minyak pula dah turun sekarang,
rata-rata memang tak ambil peduli ler sekarang,
boleh drive dan pusing shopping komplek selepas balik kerja,
kalau harga dah naik nanti jangan bising pulak dan sibuk nak kongsi kereta,
kempen kongsi kenderaan
kongsi kenderaan pada tahun 2008
harga dan promosi kereta yang sekarang jauh lebih murah daripada yang dulu,
dulu-dulu kalau pelajar pergi kolej/universiti naik bas yang disediakan ajer,
habis kuliah je masing-masing duk tunggu kat bus stand,
sekarang masing-masing dah boleh ada kereta,
promosi dan harga muka yang rendah memang boleh buat pelajar bernafsu untuk memiliki kereta,
tidak hairan ler kenapa kereta semakin bertambah sekarang,
pakai duit biasiswa pun dah boleh pakai kereta,
lepas tu mula ler diet makan megi dalam baldi :)
promosi beli kereta
promosi beli kereta 
rasanya tahun ini lagi mencabar kepada sesiapa yang ingin pulang beraya ke Pantai Timur,
kalau tahun lepas shark dah kena 11 jam dari kuantan ke kelantan,
tahun ini dan selepasnya entah berapa lama pula masa yang diambil.
tidak kisahler anda mampu berkereta atau tidak.
yang pasti bila dah bawa kereta , bawa motor sila berhati-hati,
kereta semakin banyak,jalan semakin sempit,
perangai pemandu-pemandu di Malaysia pun boleh tahan aneka ragam,
kawal emosi dan ingatlah orang tersayang :)

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370



Viewing all articles
Browse latest Browse all 877