Mobil Musola Surau Bergerak |
satu perkhidmatan yang menyediakan kemudahan tempat bersolat di kawasan tumpuan umum,
diberi nama Mobil Musolla , lori yang diubahsuai dijadikan tempat untuk menyediakan kelengkapan dan ruangan solat.
Mobil Musolla ini akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat di Kuantan.
Mobil Musolla ini juga akan ditempatkan di Pasar Malam dan Stadium jika ada perlawanan bola sepak.
ini semua untuk mendorong orang ramai menunaikan kewajipan solat tidak kira dimana berada.
satu usaha yang baik dari NGO Badan Nadwah Islamiah Pahang(Nadwah)
shark kongsikan bersama keadaan rupa sebenar surau bergerak Mobil Musolla.
sumber gambar adalah dari Page Mobil Musolla.
ruang solat lelaki |
ruang solat wanita juga disediakan |
begini keadaan bila solat nanti |
didalam ruangan solat wanita |
baru-baru ini dapat saksikan khidmat surau bergerak ini digunakan di Stadium Darul Makmur ketika perlawanan membabitkan Pahang menentang Global FC .
Alhamdulillah dapat menarik para peminat bola sepak untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah sebelum masuk ke Stadium
peminat bolasepak pahang bersedia menunaikan solat Maghrib |
Solat Maghrib berjemaah di perkarangan stadium |
sedikit sebanyak perkhidmatan ini dapat menyedarkan orang ramai tentang solat 5 waktu,
kadang-kadang kita memang alpa dan lupa untuk mendirikan solat.
kadang-kadang kita tidak ambil endah tentang kedudukan surau disesuatu tempat.
tapi dengan kehadiran lori Mobil Musolla ini rasanya sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita.
untuk maklumat lanjut boleh ke Facebook Page/Mobil Musolla
aktiviti Mobil Musolla juga boleh diikuti di twitter/MobilMusolla.
semoga bermanfaat.
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari