Quantcast
Channel: Shark Razali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 877

Nilai RM100 di Pesta Buku Pahang 2015

$
0
0
pesta buku pahang 2015
Pesta Buku Pahang 2015
sempat juga shark singgah di Pesta Buku Pahang 2015 semalam,
10 hari Pesta Buku Pahang berkampung di Shopping Kompleks Kuantan Parade
peminat -peminat novel ,majalah semestinya tidak akan melepaskan peluang ini,
selain jualan buku pelbagai aktiviti lain seperti persembahan nasyid,ceramah agama,motivasi dan pelancaran buku baru turut akan dimeriahkan selama 10 hari disini.

hajat dihati semalam hanyalah ingin mencari buku Catatan Mat Luthfi,
bila dah sampai , rambang mata juga tengok buku yang ada.
walaupun tak semeriah di Pesta Buku di PWTC , tapi ianya masih boleh diterima,
agak ralat jugak bila tengok promosi diskaun yang diberikan,
potongan harga boleh dikatakan biasa dan tidak sehebat nama Pesta Buku,
booth-booth buku agak sedikit dan koleksi buku kebanyakkan sama sahaja dengan Pesta Buku 2014.
pesta buku pahang 2015
antara yang terpilih

walaupun kurang menarik,
melayang jugak RM100 shark semalam bila sekali terjah.

  • CD Zikir Terapi Diri 3
  • Catatan Mat Luthfi
  • Lelaki Simpanan
  • Fobia Kumpulan Cerpen
  • Sepucuk Pistol Di Dalam Laci
pesta buku pahang 2015
booth Selut SFP di Pesta Buku pahang 2015
antara yang menarik kali ini di Pesta Buku Pahang 2015 ialah booth Selut SFP.
disini boleh dikatakan semua karya-karya cerpen dan puisi lain dari yang lain.
jalan cerita semestinya berbeza dari novel cintan cintun suami dan teman lelaki yang entah apa-apa,
tengok sahaja kulit buku yang dihasilkan , memang berbeza dan unik 
shark baru saja berjinak dalam novel genre begini,
sebelum ini hanya biasa dengan majalah dan biografi.
kalau rasa nak kelainan dan ingin cuba sesuatu yang baru boleh dapatkan karya Selut SFP.
sudah-sudah lah dengan novel percintaan suami dan teman lelaki,
jalan cerita sama sahaja semuanya,
buka minda dengan karya-kaya original dari penulis di Selut SFP.
insyaallah shark akan review antara karya yg shark beli disini.

sekali terjah RM100 bila berada disini.
ikutkan hati memang terasa nak terjah lagi,
hari terakhir ahad nanti , insyaallah akan sekali lagi ke Pesta Buku Pahang 2015.
harap-harap hari terakhir nanti adalah diskaun hebat yang diberikan.
kalau tidak ada maka selamatlah duit.
kalau ada rabak lagi duit.
RM100 untuk buku?
semestinya berbaloi-baloi.

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari


Viewing all articles
Browse latest Browse all 877