Quantcast
Channel: Shark Razali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 877

Ibu Shopping,Anak Jatuh Eskalator Lagi

$
0
0
Lokasi Kejadian Semalam | sumber : Hmetro
petang semalam dikejutkan lagi dengan kes budak jatuh dari eskalator,
kali ini kejadian berlaku di Kota Kinabalu,
Alhamdulillah menurut akhbar ,mangsa berada dalam keadaa stabil dan sedang dalam rawatan.
kita harapkan yang terbaik buat mangsa.
Utusan Online - Jatuh Eskalator ,Kanak Kanak 18 Bulan Selamat
Hmetro - Budak Perempuan Parah Jatuh Eskalator
dalam kes ini difahamkan mangsa jatuh ketika ibu mangsa membuat pembayaran tiket tempat letak kereta,
mangsa berumur 1 tahun 6 bulan,
kanak-kanak seusia ini sememangnya kita sedia maklum dengan perangai mereka,
berlari kesana kemari,
tertarik dengan benda-benda yang bergerak.
seolah-olah tempat yang luas ini menjadi taman permainan mereka.
Watson Nyambek pun boleh semput kalau bawa anak dalam shopping Mall.
Sazali Samad pun x larat nak dukung anak sepanjang dalam shopping Mall.

rasanya ini kes kali kedua membabitkan ibu dan anak,
shark tertanya-tanya juga dimana perginya suami mahupun ayah dalam situasi begini.
mungkin kerana ayah sibuk di pejabat ,ibu keluar mencari barang-barang keperluan,
nak pegang handbag,nak pegang tangan anak, nak pegang barang dibeli. 
agak-agak kalau nak bayar di kaunter macam mana kalau tangan dah penuh,
jadi kita tak boleh nak salahkan ibu mangsa dalam kes ini,
bagi ayah-ayah diluar sana jangan cepat melatah jangan cepat menunding jari bila kes ini berlaku.
kalau anda bersama mereka rasanya kejadian ini tidak akan berlaku.
untuk mengelak dari berulang kejadian ini kedua-dua ibu bapa harus berada bersama,

korang mampu?
bila dah berlaku kejadian seperti ini,
seperti biasa pengguna laman sosial akan menunding jari kepada ibu mangsa.
yang belum kahwin pun sibuk nak bagi syarahan dan nasihat.
kita kena ingat setiap orang pernah buat silap.
walaupun anak dibela bagai menatang minyak yang penuh tapi ada ketika juga kita lalai,
sama juga seperti di jalan raya.
kalau bukan kita yang langgar orang,
orang yang langgar kita,
kemalangan memang tidak berbau.

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari


Viewing all articles
Browse latest Browse all 877