Quantcast
Channel: Shark Razali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 877

Jerawat Atas Hidung

$
0
0
kedudukan jerawat
jerawat atas hidung
sudah 2 hari jerawat bertenggek kat hidung,
boleh tahan jugak sakit dan tak selesa bila kena.
nasib baik jugak kulit ni jenis hitam manis.
kalau kulit putih mulus memang nampak macam badut dah berhidung merah.
nak selfie pun malu nak kasi tunjuk.

semua orang ada masalah jerawat pada bahagian muka,
tips hilangkan jerawat shark rasa tak perlu shark kongsikan disini.
masing-masing dah pakar dalam bab petua hilangkan jerawat nie.
ada yang gunakan produk
ada juga gemar gunakan cara tradisional.
yang penting jerawat atas muka boleh hilang dan kita boleh selfie dengan gumbira.

punca dan kedudukan jerawat
sekilas pandang punca dan kedudukan jerawat
shark tertarik untuk berkongsi artikel mengenai kedudukan jerawat pada muka.
jerawat kalau tumbuh di tempat yang berlainan ianya adalah normal,
kalau ia sekejap ada sekejap tak ada itu adalah disebabkan perubahan hormon.
tapi kalau ia sering tumbuh di tempat yang sama , ianya tidak normal
ada yang mengatakan ianya menggambarkan area dalaman kita mempunya masalah.
shark kongsikan bersama antara punca jerawat dan kedudukan jerawat
  • Dahi - suhu badan melampau,peredaran darah tidak baik,mungkin terlampau letih atau stress.
  • Hidung - jerawat atas batang hidung bermaksud tulang belakang mungkin bermasalah, hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal , salah satu hujung hidung pula dikaitkan dengan ovari dan sistem reproduksi
  • Dagu - fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin terjejas..kaum wanita pula dikaitkan dengan haid yang tidak teratur dan sistem peranakan bermasalah
  • Pipi Kiri -fungsi hati mungkin kurang lancar , nyahtoksin dan penghasilan darah
  • Pipi Kanan - fungsi paru-paru mungkin tidak normal
  • pada badan (belakang dan depan ) - sistem perkumuhan bermasalah,sembelit
itu adalah antara yang mungkin kita perlu ambil tahu.
shark sendiri tidak pasti sejauh mana benar kedudukan jerawat ini dalam masalah sistem badan,
tapi ianya lebih baik jika kita tahu apa yang ada di luaran datangya dari sistem dalaman
ada juga yang mempunyai masalah dalaman tetapi jerawat tidak muncul di kulit muka,
itu pula bergantung kepada genetik
kalau ada rakan-rakan yang mempunyai masalah jerawat tumbuh di tempat yang sama sila ambil perhatian.
mungkin boleh ambil langkah berjaga-jaga selepas ini.

diharapakan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menjawab teka teki kenapa jerawat tumbuh di tempat yang sama..
perkongsian ini shark petik dari Facebook Page Miracle Mask

semoga bermanfaat

#Prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

Viewing all articles
Browse latest Browse all 877