Quantcast
Channel: Shark Razali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 877

Last Week Shopping Online

$
0
0
jari dah start mengira hari untuk raya.
kerja yang ada letak kat tepi,
siapkan yang urgent sahaja,
boss hilang kemana,
mood pekerja dia pun hilang,
minggu ni mood nak shopping online jer,
shopping raya.
tarikh akhir pengeposan pos laju raya 2015
tarikh akhir pos laju hantar barang untuk hari raya 2015
Pos Laju dah keluar info,
minggu ni adalah minggu terakhir untuk penghantaran raya,
tarikh akhir pengeposan barang Pos Laju untuk hari raya 2015 adalah jumaat ini,10 Julai,
lepas tarikh tu maknanya lepas raya ler baru dapat barang online.
sebab tu minggu ni kena ambil masa untuk selak mana-mana jualan online yang best,

Alhmadulillah baju hari raya pertama dah dapat,
tahun ni ambil kelainan sikit,
dah habis warna pakai baju melayu selama 29 tahun,
raya kali ni shark pakai kurta pulak,
warna coklat jadi pilihan,
nak tengok kena ler tunggu #ootd hari raya kt facebook dan ig,
kurta boleh digayakan dengan apa sahaja jenis seluar,
stok seluar kat rumah pun banyak so tak perlu risau sangat,
agak simple jugak pemakaian kurta nie sebenarnya.

baju raya pertama dah dapat,
baju raya kedua dan seterusnya tak kisah sangat,
boleh shoping last minit kat ekspo ramadhan.
harga kompom terbaik sebab penjual nak habiskan stok.

next plan shopping online nak dapatkan aksesori untuk hari raya,
benda yang paling dicari adalah Messenger Bag atau sling bag
boleh sumbat powerbank,batang monopod,sampul duit raya,
talipon pulak semuanya dah bersaiz besar sekarang,
nak letak dalam poket memang kurang selesa,
jawabnya memang kena ada satu beg nak letak semua.
wallet pun nak kena ganti baru jugak nie.
kasut kalau ada harga best boleh masuk dalam list.
alang-alang sekarang harga pun murah sebab promosi raya kita bedal ajer.
sling bag lelaki
sling bag atau messengger bag lelaki
tempat best shopping sekarang adalah Lazada dan Nile
dua-duanya dah ada pengalaman membeli,
so far memang tiada masalah sebelum ni,
yang menjadi masalah kat lazada kena tengok hari-hari promosi yang ada,
Flash Sale di Lazada ni memang harga dia murah dari promosi biasa,
cuma Flash Sale ni hanya untuk 24 jam dan barang yang ditawarkan tak banyak,
lain hari lain barang,
nak tunggu barang yang nak beli tu entah ada entah tidak.
ada rezeki kita rembat,
takder rezeki kita beli harga promosi biasa.
letih jugak nak menunggu tue.

kalau kat Nile pulak barang cepat habis,
baru minggu lepas tengok buka harini dah sold out,
pilihan warna pun susah nak dapat, 


dalam kalendar dah tanda 9hb ni adalah hari last beli secara online,
kalau beli 9hb mungkin 10hb diorang dah buat postage,
so ada masa ler barang sampai sebelum raya.
sempat ler bergaya di hari raya.
yang nak beli online tu kena ingat,
10hb Julai hari last pos laju buat penghataran.
kalau taknak menangis di hari raya beli le cepat.

semoga bermanfaat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 877