"Abah seorang yang buta,apa perasaan jika itu yang ditanya oleh ibubapa kita yang cacat penglihatan.
Abah tidak pernah melihat wajah anak-anak abah,
bilakah abah mampu meilihat wajah-wajah yang abah besarkan dengan kasih sayang"
itu yang terjadi pada sahabat dalam Pencetus Ummah 2015 malam tadi.
memang tidak disangka soalan begitu keluar dari ayahanda beliau,
soalan yang perlu dijawab secara langsung,
soalan yang aku rasa anak sendiri tidak menyangka akan ditanya begitu
aku yang tengok memang terkejut dan ye aku menangis.
apatah lagi PU Amin yang ditanya oleh bapanya sendiri,
begitu besar dugaan beliau malam tadi
begitu besar juga pengorbanan PU Amin membesarkan bapanya yang cacat penglihatan,
suasana pilu di Pencetus Ummah Minggu ketiga malam tadi | sumber : FB Pencetus Ummah |
sedang syok tengok tv tiba-tiba blackout
sedang syok membaca tiba-tiba lampu terpadam,
sedang syok menjamah makanan tiba-tiba gelap.
apa perasaan ketika itu,
marah , hilang mood , mengamuk tak tentu pasal.
walaupun sekejap tapi kita tidak mampu untuk bertahan.
bersyukur lah kita mampu melihat sebelum itu.
syukur lah kita masih mampu melihat selepas semua dibaikpulih.
ada yang tidak bertuah seperti kita di dunia ini.
pandangan mereka kabur selama-lamanya.
sementara kita masih mampu melihat ni tatap le sepuasnya,
jangan bila dah hilang baru kita nak rindui wajah mereka,
baru sibuk nak buat wallpaper di smartphone,
hargai mereka ketika kita masih mampu melihat.
tak pernah terfikir apa yang akan terjadi andai aku tak dapat melihat.
semua gelap dan hanya suara yang dapat didengar.
umpama menonton tv tanpa gambar,
menikmati makanan tanpa melihat.
mampukah aku laluinya?
tidak.