bangun pagi tadi tengok air aquarium dah bertukar warna.
dah tak ingat bila last cuci aquarium ni.
rasa macam baru lagi.
memang satu kerja yang leceh kalau nak cuci aquarium ni
kalau dah hobi bela ikan guppy kena ler buat jugak.
air dah bertukar kehijauan sikit |
dalam aquarium ni ada 10 ikan guppy dewasa.
dan 2-3 minggu lepas ada pertambahan lebih kurang 20 anak ikan guppy.
itu yang leceh bila dah bela ikan guppy.
saiz yang kecik tu memang susah nak asingkan.
kadang-kadang kalau terlepas pandang memang mati sia-sia je guppy tu.
bertambah leceh bila ada anak ikan guppy bersaiz jentik-jentik.
memang kena sabar nak asingkan ikan bersaiz kecik ni.
tapi kalau dah minat kena ler buat.
kalau kotor memang tak nampak ler keunikan ekor ikan guppy nanti.
masih nampak aktiviti mereka |
hijau tapi bersih? |
walaupun air dah nampak kehijauan,
tapi still lagi boleh nampak apa yang ada kat dalam aquarium tu.
mungkin jugak pertambahan anak ikan tempoh hari buat air cepat kotor.
harap-harap dapat ler bertahan 1-2 minggu lagi.
takdek mood lagi ni nak cuci.