final Piala Malaysia 2015.
harini semua sembang pasal bola.
Selangor atau Kedah.
ataupun referee yang dapat nama malam ni?
tunggu sahaja apa jadi malam ni
selangor atau kedah |
tiket final dah sold out.
memang meriah setiap kali final.
ramai jugak yg minat menonton secara live di dalam stadium.
aku?
masih lagi memilih siaran langsung di TV.
tak kisah le pasukan faveret masuk final pun,
aku tetap memilih TV mahupun skrin besar.
kalau tengok tv ada replay,
sama ada gol cantik atau foul,
visual pun lebih jelas,
kalau duduk dalam stadium memang tak dapat ler semua tu.
padang bukan main jauh lagi.
player pulak nampak kecik jer.
kalau gol memang sekali tu je boleh tengok.
kalau kelip mata time tu memang menangis ler.
heheheh.
suasana tengok kat rumah pun meriah jugak,
ajak saudara mara datang,
member- member bujang mahupun family,
goreng keropok goreng nugget,
tambah lagi kopi O memang nikmat ler.
kalau gol mehu gegar rumah kalau dah ramai.
begitu jugak kalau di kedai mamak mahupun kedai makan.
memang meriah kalau gol.
stadium Felda United |
ada satu dua pekara yang buat aku kurang selesa dalam stadium.
kedudukan padang yang agak jauh.
entah bila Malaysia nak ada stadium mcm Johor dan Felda.
tiada track balapan dalam stadium.
takdek feel nak tengok.
kawasan larangan merokok pun sepatutnya boleh dibuat.
kesian bagi yang bawa anak-anak.
bertambah serabut sekarang bila ada asap vape.
memang tak selesa ler.
nak ditegur kang takut kena kad merah pulak nnti.
tak kisah dirumah atau di stadium,
masing masing ada minat dan semangat untuk menonton,
support pasukan tempatan.
untuk malam ni aku memilih andik dari selangor.
mamat ni boleh jadi punca kemenangan selangor.
2 - 1 untuk selangor malam ni.