Quantcast
Channel: Shark Razali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 877

Menangis Tengok Doraemon

$
0
0
orang lain dah lama tonton,
aku baru nak layan filem Doraemon yang terbaru nie,
tengok review sebelum ni untuk Stand By Me memang ramai yang sedih.
rasa macam tak percaya pulak bila ramai kata begitu,
tapi bila dah tengok sendiri aku akui memang menyentuh perasaan,
membesar dengan kartun doraemon memang membawa seribu kenangan filem nie.
terima kasih buat Astro kerana menyiar filem ini di AstroCeria (611)

stand by me
dalam memori sampai mati
Stand By Me secara keseluruhan adalah rumusan untuk semua koleksi komik Doraemon,
bermula jilid satu hingga jilid akhir diringkaskan dalam filem nie,
kenapa doraemon datang dan pergi,
macam mana doraemon suka dorayaki,
flashback balik alat-alat doraemon yang aku lihat dulu-dulu
suasana bilik dan taman permainan tidak berubah,
begitu jugak watak dan suara.
stand by me doraemon
roti yang paling ramai orang nak.
stand by me doraemon
watak yang akan dirindui
stand by me doraemon
penjahat yang baik
cuma kali ini watak-watak yang ada mereka hidupkan dengan watak 2D,
memang aku respect ler siapa pencetus idea nie.
ia membawa balik memori dengan kenangan waktu aku sekolah dulu,
bila watak dah hidup jalan cerita pun nampak hidup dan penuh dengan emosi,
tak sangka aku boleh layan lagi Doraemon di usia begini,
jauh beza dengan feel kita bila baca komik.
jauh beza jugak dengan kartun yang masih lagi ditayangkan di NTV7.
kalau budak-budak tengok mereka takkan paham,
mereka tak membesar dengan alat-alat doraemon,

plot paling sedih semestinya bila doreamon mahu pulang ke masa depan,
part Nobita lawan Giant memang takkan dilupa,
kalau novel pun boleh sedih inikan pula watak yang dihidupkan,
ditambah pula dengan muzik backgorund menjadikan part paling emosi.
rasanya time nie ler yang orang cakap boleh menangis tue.
stand by me doraemon
last scene paling best
stand by me doraemon
bye bye doraemon
satu lagi part yang bagi aku cukup emosi ialah part paling last dalam filem,
part dimana mereka kononnya buat aksi yang tak jadi,
biasanya filem Jackie Chan ada buat seperti ini,
macam "behid the scene"
bila mereka buat seolah-olah doraemon ni wujud,
seolah-olah watak yang ada hidup dalam realiti,
memang menjadi idea dan konsep Filem Doreamon ini dibuat,

satu kerugian ler kalau tak tonton bagi yang membesar dengan kartun doraemon nie,
tak pasti masih lagi ditayangkan atau tidak di Astro Ceria hujung minggu ni,
rajin-rajin ler tengok info nanti.
memori bersama Doraemon sukar dilupakan.
selamat menonton.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 877