kalau dulu kenal waktu dia tadika, sekarang dah bermisai,
kalau dulu dia junior di sekolah , sekarang dah bekerluarga,
17 tahun tak berjumpa,
alhamdulillah masih dapat ketemu jiran-jiran lama dulu,
jiran sewaktu duduk di Felda Aring,Gua Musang Kelantan.
selepas 17 tahun |
jumpa tak jumpa kat majlis sambut menantu adik lelaki aku hujung minggu baru ni,
waktu diorang kenalkan diri memang aku lost memory,
memang langsung tak cam wajah masing-masing,
ada yang aku cam sebab satu sekolah,
ada yang aku tak cam sebab bila masuk sekolah menengah aku ke asrama,
kalau dah jadi budak asrama memang susah ler nak bergaul.
memang tak sangka dapat jumpa jiran-jiran lama ni,
betul ler orang kata,
jangan malas kalau dapat jemputan kahwin,
kat sini ler kita dapat eratkan tali persahabatan,
tambah-tambah kalau jemputan tu dari sahabat ibubapa kita,
mana tahu jumpa rezeki kekasih lama , kekasih cinta monyet,
hahahaha,