Quantcast
Channel: Shark Razali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 877

Sedia Untuk Jawatan Bos

$
0
0
tertarik dengan artikel dari Majalah Niaga berkenaan persediaan sebelum berhenti kerja.
antara 5 langkah yang dikongsikan , 
4 daripadanya aku boleh katakan aku mampu dan lulus syarat yang ada.
mungkin aku dah bersedia untuk bekerja sendiri pula lepas nie.
dah bersedia untuk jadi bos untuk pekerjaan sendiri.
ini adalah 5 langkah persediaan sebelum berhenti kerja.
boleh jugak jadikan tip persediaan sebelum memulakan bisnes sendiri.
persediaan sebelum berhienti kerja
wajib ada tabung simpanan
persediaan sebelum berhienti kerja
sudah ada bisnes dan pendapatan sama dengan gaji
jeling jeling dalam akaun alhamdulillah,
sudah cukup syarat nombor 1,
bersyukur jugak sebab aku ada pendapatan lain selain makan gaji di syarikat swasta ni.
aku antara salah seorang trader forex yang ada di Malaysia.
haram?
malas aku bangkitkan isu hukum hakam tersebut,
biarlah aku fahami sendiri mana yang boleh dan tidak dalam forex.
4 tahun trading dalam forex banyak pengalaman pahit manis aku dapat.
dan sekarang hasil trading aku mampu menyamai gaji yang ada sekarang.
cukup-cukup bersyukur apa yang ada.
persediaan sebelum berhienti kerja
waktu kerja lebih daripada biasa
perihal waktu bekerja tiada masalah bagiku,
apalah sangat kerja lebih 8 jam dari kebiasaan,
sekarang pun aku dah kerja lebih masa,
pagi ke petang di pejabat,
malam pula masa untuk aku trading dan blog
dan kadang-kadang aku jadi media untuk salah satu pasukan bolasepak di Malaysia:)
kerja lebih masa untuk kerja yang kita suka rasanya lagi enjoy daripada kerja ikut arahan dari orang lain.
janji aku dapat bahagikan masa untuk diri sendiri dan keluarga.
persediaan sebelum berhienti kerja
ini paling penting
paling utama dalam apa jua tindakan,
restu ibubapa haruslah diikuti,
jangan ingat bila dah besar panjang korang tak perlukan restu,
dan aku bertuah dapat mak dan abah yang merestui tindakan ku.
tapi pastikan korang dah tunjukkan komitmen yang betul-betul
persediaan sebelum berhienti kerja
perancangan itu mesti ada
dan ini problem aku paling besar,
tak tahu sebenarnya nak buat apa lepas aku berhenti kerja.
fulltime blogger?
bukan mudah.
ingat senang ker nak update hari-hari,
nak tarik reader baca blog satu hal,
fulltime trader?
kemungkinan ya tapi aku kalau boleh nak elakkan bergantung kepada forex.
biarlah ia menjadi pendapatan sampinganku.

dalam kepala ni dah fikir nak jual baju,
nak buka butik lelaki,
menjual pakaian-pakaian lelaki,
sebabnya aku perhatikan butik lelaki macam tak wujud.
butik pakaian wanita bukan main lagi hebat bersaing.
insyaallah kalau diberi peluang ada ler nanti.
aku perlu rancang sebaiknya,
mungkin ini tahun terakhir untuk aku makan gaji.
beranikan diri untuk hidup yang baru.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 877