Quantcast
Channel: Shark Razali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 877

Penat Jugak Jadi Lee Chong Wei

$
0
0
last pegang raket badminton rasanya time sekolah menengah,
itupun sekitar tingkatan 3 & 4,
dah berbelas tahun malam tadi dapat jugak main badminton.
lega rasanya sebab aku masih tahu cara memegang raket.
main badminton
betul ke cara pegang raket ni ?
dapat  jugak 3 set main malam tadi,
walaupun tak sehebat Lee Chong Wei,
letih jugak ler menari dalam gelanggang,
kiri kanan,
depan belakang,
semua penjuru aku kena buli malam tadi,
skill tak payah cerita ler,
setakat backhand,jumping smash,drop shot,main net  semua keluar,
jadi dengan tak jadi je.
hahahhaa..
janji ada gaya.

satu kepuasan dapat main badminton malam tadi,
tujuan asal bukan nak main sangat,
saja nk berjumpa rakan-rakan sosial yang baru,
kenalan-kenalan sosial dari pagi facebook,
daripada jumpa lepak minum kat kedai lagi baik jumpa dalam aktiviti riadah macam ni,
enjoy pun enjoy,
sihat pun sihat bila dapat keluar peluh,
main badminton
riadah bersama rakan-rakan sosial
dapat lepas 3 set baru le aku tahu macam mana level fitness Lee Chong Wei,
tengok dia main pun dah macam mandi peluh,
kita yang bukan atlit ni apatah lagi,
yang dah lama tak main macam aku lagi ler,
silap-silap 1 set dah surrender.
penat main badminton ni.
tak caya boleh cuba kalau berani.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 877