drama ni ditayangkan sekitar tahun 2011,
tahun 2016 baru aku dapat tengok,
sebuah cerita yang berkisarkan seorang pemuda yang sengaja menyembunyikan identiti dan loghat negeri kelahiran untuk bekerja di bandar KL.
drama arahan Sabri Yunus memang bagi aku terbaik.
rasanya drama ni diambil dari kisah benar,
dan kalau tak silap,
dulu-dulu memang ada orang kelantan malu dan disisihkan bila berada di KL,
mungkin sebab loghat kelantan yang pekat yang membuatkan orang sekeliling kurang paham apa yang disebut,
lagipun dulu-dulu Kelantan memang tak maju seperti sekarang,
gelaran orang kampung,“darat",“jakun",sering jugak didengar.
ada jugak kes budak Universiti yang malu kalau family dari kelantan datang,
sekarang ada lagi ke?
zaman dah berubah,
manusia juga sudah berubah,
aku rasa sekarang dah pupus perasaan malu dan segan dengan loghat negeri kelahiran masing-masing,
kalau ada yang masih nak sorok bau budu tu memang dia bermasalah,
masih berada dibawah tempurung katak.
berbalik kepada drama sorok bau budu,
memang satu drama yang berkualiti,
penggunaan loghat kelantan yang agak ringan,mudah difahami,
kadang-kadang diselitkan jugak dengan dialog-dialog sinis dan kritikan yang membina,
memang terkesan bagi sesiapa yang menonton,
yang masih belum menonton boleh ikuti drama Sorok Bau Budu di saluran Citra dan Maya.
kalau tak silap drama ini akan berulang kali ditayang sempena program "12 Karya"
bagi yang tak melanggam astro boleh tonton di Youtube.
tak mengecewakan.
selamat menonton.
tahun 2016 baru aku dapat tengok,
sebuah cerita yang berkisarkan seorang pemuda yang sengaja menyembunyikan identiti dan loghat negeri kelahiran untuk bekerja di bandar KL.
Sorok Bau Budu |