Quantcast
Channel: Shark Razali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 877

Workout Berjemaah Dengan Freeletics Pahang

$
0
0
workout bersama member-member Freeletics Pahang pagi tadi memang enjoy.
satu kepuasan dapat bersenam secara berkumpulan dan kenal sahabat-sahabat baru.
bersosial dengan cara yang sihat.
melepak kat rumah pagi minggu bukan ada apa.
keluarkan peluh pagi-pagi ada jugak faedah.
freeletics pahang
dynamic warmup freeletics
Freeletics Pahang baru sahaja ditubuhkan,
dan pagi tadi adalah aktiviti pertama untuk memperkenalkan senaman freeletics,
ramai jugak yang berminat,
buat pulak kat tempat terbuka di Taman Bandar , Indera Mahkota Kuantan,
feeling workout tu memang lain berbanding workout di gym.
freeletics pahang
workout freeletics
kebiasaan aku workout kat rumah je sorang-sorang,
bila dah buat secara berkumpulan ni suasana memang meriah.
dapat kenal member baru,
dapat info pasal fitness,
dapat tahu kedai-kedai berkenaan fitness.
satu kelebihan yang besar bila dah dapat jumpa member-member yang berkongsi minat yang sama..
freeletics pahang
antara geng Freeletics Pahang pagi tadi
apa itu freeletics?
satu senaman yang hanya menggunakan berat badan tanpa menggunakan peralatan lain.
untuk lebih info boleh download aplikasi Freeletics Bodyweight yang ada dia Playstore android dan IOS.
yang gemuk nak kurus boleh cuba,
yang kurus nak buat otot pun boleh cuba.
yang aku boleh gerenti bila buat tu banyakkan mengucap.
memang 100% cardio dan strenght digunakan.
pancit macam pergi jogging,
penat macam angkat dumbell.
cubalah :)
freeletics pahanh
jangan lupa follow di app Freeletics
untuk orang kuantan boleh follow FB Freeletics Pahang untuk aktiviti senaman yang akan disediakan nanti.
jom kita freeletics.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 877