Quantcast
Channel: Shark Razali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 877

Terapi Diri Dengan Astaghfirullah

$
0
0
bila dengar alunan Zikir Astaghfirullah dari Hafiz Hamidun dalam radio,
aku rasa malam tadi dah macam alami proses "self healing"
tak puas dengar terus cari dalam youtube,
nak jimat data aku cari dalam aplikasi Spotify,
Alhamdulillah ada dan aku ulang lagu tu sampai tertidur,
zikir terapi diri hafiz hamidun
Zikir Terapi Diri Astaghfirullah Hafiz Hamidun
kalau dah betul-betul feeling boleh menangis dengar zikir ni,
ditambah pula dengan alunan muzik memang terasa hiba bila dah feeling tu
cuba faham apa maksud Astaghfirullah akan terasa bertapa hinanya diri kita ketika itu
"Sesiapa mengucapkan astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, akan diampuni dosa-dosanya, walaupun dia pernah lari dari medan peperangan". (HR Al Hakim)

"Sesiapa yang mengucapkan pada masa dia mahu tidur : astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, maka di ampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia." (HR at-Tirmizi, Hasan Gharib, al-Jami', no. 3397)
memang betu-betul terapi diri aku malam tadi,
kredit  untuk Hafiz Hamidun dengan suara dan zikir yang bagi aku cukup berkesan bila dengar,
tajuk album Zikir Terapi pun memang sesuai sangat,
dalam koleksi aku ada Zikir Terapi 2 dan Zikir Terapi 3.
album Zikir Terapi 2 terbaik setakat nie.

kalau yang ada rasa tertekan,hati tak tenteram,banyak sangat masalah,
cuba amalkan apa yang aku buat malam tadi,
insyaallah diri tu rasa tenang dan kosong je bila dengar zikir,
bila dah dengar automatik korang jugak akan ikut berzikir,
boleh cari di Youtube Zikir Astaghfirullah Hafiz Hamidun ni

semoga bermanfaat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 877