dapat jugak aku beli majalah Gila Gila keluaran November,
mungkin ini permulaan semula untuk aku baca balik majalah yang dah lama aku tinggalkan.
entah kenapa aku rasa untuk keluaran November ni dia punya aura lain macam,
tengok saja kulit muka depan kali ni,
baik punya bakar line.
Gila Gila November |
rasa macam susah nak dapat Gila Gila sekarang ni,
dulu selalu jugak aku tengok ada jual kat 7eleven,
tapi time tu aku buat-buat tak nampak je sebab mood nak baca tu takdek,
tapi bila mood dah ada nak cari tu punya le seksa,
beberapa kartunis Gila Gila yang dulu kembali melukis untk keluaran November,
itu yang buat aku rasa nak baca balik majalah ni,
katanya dah mula kembali nak menyengat,
3 Dara Pingitan |
kartun bisu |
dah habis baca semuanya,
memang puas hati,
3 dara pingitan tu aku rasa punya le lama duk dalam majalah ni,
kartun faveret mak aku tu,
kartun bisu pulak masih lagi berbisa,
tak ada dialog pun still humor,
ruangan kartun sembang-sembang up to date dengan bahas isu-isu semasa,
kartun A.Mamud ada jugak,
memang aku minat dengan lukisan kartun A.Mamud ni,
smart.
Selpie dulu |
yang belum beli tu sila-sila le beli,
support kartunis tempatan.
tak mahal pun
RM6.50 je.
tak rugi pun enam ringgit tu.
berbaloi.
selamat membaca.