Quantcast
Channel: Shark Razali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 877

Tak Perlu Boikot Piala AFF

$
0
0
entah kenapa boleh timbul berita nak boikot piala AFF 2016,
isu yang dimainkan pulak berkenaan dengan pembersihan puak Rohingya,
come on Malaysia , you are better than this,

boikot piala aff
poster boikot Piala AFF Suzuki

tarik diri lepas tu balik Malaysia dengan aman,
sampai Malaysia tengok pekerja Myanmar tengah cuci lantai kat KLIA,
sampai Malaysia tengok pekerja Myanmar tengah jaga kedai,
sampai Malaysia tengok pekerja Myanmar tengah buat bangunan
baca pulak paper terpampang kerajaan jaga baik hubungan diplomatik dengan Myanmar,
baca bahagian sukan tengok pasukan Myanmar sedia hadapi SUKAN SEA 2017 di Malaysia.
SHAME,

tarik diri bermakna kita dah bagi kemenangan percuma kat Myanmar,
Myanmar masuk separuh akhir dengan senang,
tanda support apa macam tu.

dan untuk pengetahuan semua,
hanya perlawanan kumpulan sahaja babitkan perlawanan di Myanmar,
kalau dah masuk separuh akhir dah tak main kat situ dah,
akan bermain di tempat team yang masuk separuh akhir,

sebab tu aku menyokong penuh pasukan harimau malaysia sabtu nanti,
Malaysia akan lawan pasukan Myanmmar untuk slot terakhir ke separuh akhir,
harap sangat boleh kalahkan Myanmar,
at least ada jugak ler semangat solidariti kat situ,
walaupun aku tahu kalah dan memang memang takde beza pun isu Rohingya yang dimainkan.

nak bagi support meh turun masjid jumaat esok,
ada bacaan Doa Qunut Nazilah untuk Rohingya
selepas solat jumaat insyaallah ada bacaan Qunut Nazillah di semua masjid terutama masjid dibawah kendalian JAKIM ( sumber : Sinar harian Online )
doa qunut nazilah untuk rohingya
Doa Qunut Nazilah Untuk Rohingya
lain orang lain pendapat kan,
rambut sama hitam hati lain-lain,
ini pendapat aku sebagai seorang peminat bolasepak,
berbeza pendapat itu biasa,
manusia tiada yang sempurna,
tapi jangan sampai berbeza pendapat sampai bermusuhan,

oh ya sebelum terlupa,
jangan lupa yer kita masih lagi boikot Mcdonald di Malaysia nie,
mungkin yg ni ada yang terlupa.

semoga bermanfaat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 877