makin rancak pelancaran jersi baru pasukan Liga Malaysia 2017..hujung minggu baru ni saja beberapa pasukan dah buat majlis pelancaran...
jersi Terengganu dan T-team aku rasa berkenan nak pakai kedua-dua kit "home" dan "away"...minimalist dan simple...bawak kuar gi dating pun smart nie.
|
jersi "home" Terengganu |
|
jersi "away" Terengganu |
smart boh...warna putih tu nampak stylish sikit dari hitam....harga pula RM129.90...malas nak pertikaikan harga jersi...lain orang lain pendapat...lain orang lain pendapatan mereka...ada yang kata murah ada yang kata mahal..ada yang kata mahal tapi kualiti bagus...bagi aku kalau sedap dipakai berbaloi ler...aku tak pandang pun itu semua...janji smart dimata aku dah...pastu pergi cari kat pasar malam...hahahahahah....Terengganu dan T-Team akan menggunakan design jersi yang sama..cuma yang membezakan adalah penggunaan logo pada dada sebelah kanan...pasukan Terengganu akan bermain di Liga Perdana manakalan T-Team akan bermain di Liga Super..
bagi pendatang baru Liga Super 2017 , Melaka United jugak dah lancar jersi mereka...warna hijau putih menjadi warna untuk jersi utama mereka...manakala untuk jersi away menggunakan warna biru putih...berbanding dengan jersi Terengganu ,
jersi Melaka United agak meriah...
|
jersi Melaka 2017 |
|
pemain Melaka United dengan jersi terbaru 2017 |
yang ni tak berapa pasti harga dia berapa..puas gak cari...tak jumpa...mungkin akan update selepas ni...minggu ni akan penuh aktiviti pelancaran
jersi pasukan liga super 2017...semuanya akan lancar minggu ini sebab hari jumaat dan sabtu sudah pun bermula sepak mula Liga Super 2017...kembali beraksi selepas lama bercuti...
untuk pembelian jersi dan maklumat lanjut mengenai jersi yang ada boleh terjah facebook pasukan bolasepak masing-masing...sekarang hampir kesemua pasukan bola sepak dan kelab penyokong dah ada page...
jersi mana jadi pilihan kali ni.