boleh pulak aku lupa nak share pengalaman pertama turun dan naik bas di
Terminal Bersepadu Selatan (TBS) baru-baru ni...kebiasaan kalau dari Kuantan memang aku selalu turun kat hentian pekeliling dekat dengan hotel Vistana KL tu...maybe dah lama tak naik bas sampai tak tahu sekarang semuanya dah turun dan naik di
TBS.
|
Terminal Bersepadu Selatan (TBS) |
mula-mula tu cuak jugak aku bila dapat tahu bas ni dah tak behenti kat pekeliling...benda pertama yang aku risau bila turun kt TBS ialah transport...kalau kat pekeliling senang je sebab dekat dengan monorail dan LRT...senang nak bergerak...dalam kepala ni dah pikir duit tambang teksi yang mahal kalau nak ke KL dari TBS.
masuk je kawasan TBS di Bandar Tasik Selatan ni aku jadi kagum..jadi jakun kejap...bapak besar kawasan terminal kat sini...patut ler diorang buat terminal ni jauh dari kawasan bandar KL...nampak lebih teratur berbanding hentian Putra dan hentian Pudu yang lalu...
tak sure aku ada berapa tingkat TBS ni..yang aku tahu tingkat bawah ialah tempat turun dan naik bas...naik tingkat 1 tempat beli tiket dan tempat menunggu...tingkat 2 ada kedai makan...hotel jer takdek dalam ni...kalau ada nanti tak tahular...
|
tingkat 1 TBS |
|
ruang yang besar |
kat sini boleh tahan jugak kemudahan yang ada...balai polis ada satu...skrin untuk jadual bas memang banyak...locker pun ada bnyak...locker kat sini pakai pasword dan bukan kunci...not bad jugak ler ikut peredaran masa...
rupanya kalau nak ke pusat bandar KL mudah jer dari sini...sebelah TBS ni ada 3 rail untk ke pusat bandar...ada LRT , komuter dan ERL klia...kalau nak cepat boleh naik ERL sebab rail ni direct terus ke KL Sentral...cuma harga tinggi sikit ler...kalau dari kL cara nak ke TBS pulak, korang kena berhenti di Stesen Bandar Tasik Selatan...ketiga-tiga rail hentian yang sama.
|
3 stesen rail bandar tasik selatan |
yang aku suka sistem kat sini ialah kaunter tiket TBS..dah tak payah susah-susah korang nak cari kaunter tiket bas faveret korang...kat sini satu kaunter dia jual semua tiket bas yang ada...korang pergi je mana-mana kaunter cakap nak pergi mana , nak naik bas apa...nanti korang akan ditunjukkan senarai jadual pada skrin...pilih je waktu dan tempat duduk..senang...rasanya geng ulat tiket tak boleh operasi kat sini sebab tiket disini memang lain...semunya under TBS..siap ada kod QR lagi...
QR kod digunakan untuk penumpang tunggu bas di ruang menunggu...dah macam KLIA pulak...bas datang baru pintu dibuka...so bagi yang nak hantar anak kesayangan tu memang tak boleh follow sampai ke pintu bas...tak macam dulu-dulu ler...sorang je naik bas tapi yang datang sekampung...
|
satu kaunter ke semua destinasi |
|
pilih bas dan tempat duduk |
|
tiket bas di TBS |
|
ruang menunggu untuk penumpang bas |
|
pintu hanya dibuka bila bas sampai |
memang jauh berbeza sistem kali ni dengan Hentian yang dulu-dulu...kredit kepada pencetus idea TBS ni...memang tak sanggup rasanya kalau ingat balik naik bas di Hentian Putra mahupun Pudu...sebab dua-dua hentian aku ada pengalaman kena pow..jeng sungguh.
korang boleh follow apa-apa berita di TBS di facebook official mereka...TBS juga ada buat sistem online untk beli tiket bas online...maklumat lanjut boleh rujuk laman web mereka.
facebook :
harapnya sistem di TBS akan kekal sistematik...