sempat jugak malam tadi ke Stadium Darul Makmur untuk
piala FA Pahang lawan Melaka...Fullhouse stadium malam tadi berbanding dua game sebelum ni..memang meriah.
|
cantik bas Melaka United |
|
penuh stadium Darul Makmur |
Alhamdulillah Pahang menang 2-0 walaupun game tak berapa best...masih terkesan kot dengan kekalahan dalam aksi liga super sebelum ni...dah menang automatik layak ke peringkat
suku akhir piala FA yang baru je buat undian Live kat TV9 tadi...boleh pulak ada
Janna Nick yang aku minat tu buat cabut undian...comel...tapi tangan dia pulak tak bawak untung untuk Pahang..nak marah pun ada...hahahahaha...tapi nak buat macam mana...dah begitu caranya undian dibuat..nasib atau tidak itu je...i still like u Janna Nick.
|
undian piala FA Malaysia 2017 |
game tak memihak sangat pada pasukan Pahang bila kena lawan JDT untuk peringkat suku akhir...untuk rekod pahang pernah tewas dalam aksi liga super dengan JDT baru-baru ni...sekali lagi game akan jadi tumpuan bila dua pasukan ni bertembung...stadium komfirm penuh..
suku akhir piala FA game timbal balik...jadi ada peluang le kalau kalah game pertama...tengok pada
undian piala FA tadi , pasukan Kedah macam mudah untuk ke final...siapa yang akan ke final untuk bertemu Kedah agaknya...Pahang , JDT atau Negeri Sembilan antara pasukan faveret...
|
peringkat suku akhir piala FA 2017 |
boleh dah beli jersi pasukan faveret masing-masing...bila babitkan piala ni memang lain macam dia punya aura...semua jersi pasukan bolasepak Liga malaysia pernah aku kongsikan sebelum ni..boleh tengok kat entry
bolasepak/jersitarget aku untuk pasukan ke separuh akhir...Pahang vs Negeri 9 | Kedah vs Sarawak...betul ke tidak kita jumpa di entry pusingan separuh akhir pulak nanti..
pusingan pertama suku akhir pada 31Mac/1April dan timbal balik pada 21/22April.
jom tengok bola.