Quantcast
Channel: Shark Razali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 877

Feeling Survive Dengan Game Free Fire Battleground

$
0
0
ada game baru yang tengah sedap aku layan sekarang selepas Mobile Legends...Free Fire Battleground adalah game seakan PUBG tapi dalam versi mobile yang mana game PUBG ni agak popular di kalangan kaki game yang menggunakan komputer..bagi yang tak ada komputer tu macam aku sekarang dah boleh layan kat smartphone...wuhuuu.

free fire battleground
Free Fire Battleground

PUBG ini ialah singkatan kepada "Personal Unknown Battleground"...konsep game amat mudah...kita akan bertanding dengan player serata dunia secara online dan akan ditempatkan di satu pulau...kemudian kita kena survive , kita kena hidup sampai tinggal kita sorang je kat pulau tu.

nak kena survive tu macam mana?
kita kena tembak semua orang didalam pulau tu..semua orang yang ada dekat pulau tu adalah musuh..kalau 30 orang main maka 30 orang ler musuh kita..30 orang tu adalah player dari serata dunia yang main serentak bersama kita secara online..menarik kan.

aku baru dua tiga hari layan Free Fire Battleground ni...setakat ni memang puas hati...jatuh cinta ngan karakter pun ada sebab kiut sangat aku buat..meet my character girl DyaDya.
hahahah.

free fire battleground
DyaDya

waktu awal-awal game kita kena terjun dari kapal terbang...part ni aku suka sebab kita boleh control payung terjun kita dan boleh pilih mana nak landing...kena pandai pilih tempat mana nak landing..silap pilih boleh mati awal...waktu ni boleh jugak kita tengok view yang menarik dari atas..not bad grafik dia.

pubg mobile phone
wuhuu..dapat payung terjun

bila dah dapat landing , dah touch ground kat sini ler bemula permainan kita...kena rajin explore semua tempat..nampak rumah nampak pejabat kena masuk..sebab kat situ ler kita akan dapat suplier..kat situ ler kita akan dapat senjata atau baju kalis peluru mahupun helmet...kedua-dua penting sebab nak survive..senjata untuk kill enemy dan baju serta helmet untuk protect dari kena tembak..lain building lain senjata...kena rajin explore...malas explore memang mati awal ler.

free fire battleground
terjun dari kapal tak ada apa-apa
pubg mobile phone
jumpa helmet dalam rumah pakai
pubg smartphone
ready to kill

kalau rajin explore kita akan dapat complete set senjata dan protection...macam gambar kat atas tu...bila dah complete sekarang masa untuk survive pulak..dalam game ni tak boleh duduk setempat...kita kena sentiasa bergerak sebab akan kita akan dipaksa berkumpul di satu tempat yang akan ditanda dalam map..kalau berada luar kawasan yang bertanda dikira kalah dan mati..kena selalu alert dengab map dan masa yang diberi.

pubg mobile phone
run baby run
free fire battleground
jaga-jaga awek ni bawak rifle

free fire battleground
selamat sikit lari pakai fullset

bayangkan kita berkumpul kat padang bola kemudian kawasan akan dikecilkan sehingga ke dalam gol..dan bila kawasan dah kecil waktu inilah siapa yang last standing akan menang...waktu last-last inilah kita senang mati dan kita senang nak bunuh..siapa cekap dia hero...last man standing katanya..biasanya tak sampai 10 orang yang akan survive bila kawasan sudah dikecilkan.

tips taknak mati awal kena pandai sembunyi..sentiasa cari rumah , batu , pokok dan rumput untuk sembunyi dari musuh..waktu ni jugak korang boleh curi-curi tembak kalau enemy tak perasan...memang susah nak cari kalau dah menyorok macam ni..

free fire battleground
sorok jangan tak sorok
pubg mobile phone
kat sini pun boleh sambil skodeng

setakat ni aku belum pernah lagi menang..banyak dapat nombor 2 dan 3 jer...bila dah tinggal dua tiga orang memang susah cari dan tembak..siapa sampai dulu dia boleh cari tempat menghendap yang baik dan bang bang tembak sampai mati..aku selalu jugak kena part tu.

overall game ni memang best..puas hati..graphic biasa-biasa tapi cantik...sesuai untuk semua jenis phone rasanya...smooth bila main kalau internet low connection...nak aim musuh pun senang..

tapi game ni masih lagi dalam beta..bermakna masih lagi belum siap sepenuhnya...tak sabar jugak nak tunggu macam mana bila dah official nanti..walaupun dalam beta tapi kita masih boleh bermain.

ada banyak lagi game seakan PUBG versi mobile phone di playstore dan appstore...tapi aku highlight yang ni dulu sebab kebanyakkan game lain perlu gunakan smartphone yang high end...kalau phone lama-lama macam aku pakai ni , Asus zenfone 5 tak berapa nak support.

nak rasa macam mana feel survive , feel kaki game layan PUBG tu korang boleh download di Playstore Free Fire Battleground

selamat mencuba.
booyah!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 877