Tak sabar pulak aku nk tunggu perlumbaan
MotoGP musim 2018 kali ni...Kalau tak silap bulan Mac dah start race setelah tiga bulan rider berehat...Mungkin kita dapat lihat satu lagi sejarah akan tercipta dalam arena perlumbaan
MotoGP Malaysia 2018.
Kredit pada team SIC Racing Team atas usaha mereka membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa mealui perlumbaan MotoGP...Baru-baru ni dah berlangsung 2 majlis memperkenalkan jentera dan rider yang akan mewakili Malaysia untuk MotoGP musim 2018.
|
Petronas Sprinta Racing |
|
Adam Norodin bersama Ayumu Sasaki |
Sama seperti musim lalu,untuk Moto3 kita ada Adam Norodin yang akan mewakili pasukan Petronas Sprinta Racing...Adam akan berganding bersama dengan rider dari Jepun,Ayumu Sasaki.
Tertarik aku tengok motor Petronas Sprinta Yamaha kali ni...smart betul warna hitam dan hijau Yamaha tu...Harap-harap menjadi lah kali ini perfomance Adam berbanding musim lalu.
|
Zulfahmi dengan SIC Racing Team |
|
khairuk Idham Pawi bersama Idemetsu Honda |
Untuk Moto2 ada sedikit kejutan...Zulfahmi Khairuddin muncul semula dalam MotoGP 2018 dan kali ini bertanding dalam kategori Moto2..Untuk rekod Fahmi merupakan merupakan pelumba Moto3 Pada tahun 2010 hingga 2015...Kemudian dia keluar dan join Kejuaraan Superbike Dunia (WBK) selama 2 musim ( 2016-2017).
Untuk kategori Moto2 kita ada dua penunggang Malaysia...Memang best ler tengok nanti..Zulfahmi akan bawa jentera SIC Racing Team dan seorang lagi rider Malaysia , Khairul Idham Pawi akan bawa jentera Idemitsu Honda Asia Team.
|
Hafiz Syahrin |
|
Hafiz bersama Yamaha Tech3 |
Macam yang aku cakap awal-awal tadi..kemungkinan untuk
MotoGP musim 2018 nanti kita akan ada satu lagi sejarah...Pelumba Moto2 negara musim lalu , Hafiz Syahrin berkemungkinan akan bertanding dalam kategori MotoGP...pelumba negara pertama yang akan bertanding bersama sama dengan juara dunia Rossi,Lorenzo,Marquesz.
Hafiz sekarang berada di Thailand untuk sesi ujian dari Team Monster Yamaha Tech3..Kalau pefomance cantik memang jadi sejarah dan rezeki ler untuk Hafiz..Kalau tak cantik pun aku rasa tetap dia akan jadi rider Team Yamaha Tech3 sebab untuk moto2 dia takder lagi sign mana-mana pasukan untuk Moto2 padahal sebulan je lagi ni untuk MotoGP 2018 start.
Mungkin hujung minggu ni kita akan tahu result...Harap-harap ada ler sejarah tercipta...Sekaran Malaysia dah ada 4 orang rider untuk MotoGP 2018...Mengharap jugak ada lebih banyak podiun untuk musim 2018..
Gud Luck semua rider Malaysia.