Quantcast
Channel: Shark Razali
Viewing all 877 articles
Browse latest View live

cabaran 30 hari di Hari ke 21 | Tempat Idaman

$
0
0
hanya gambar yang mampu berbicara.

cabaran 30 hari
hanya mampu melihat setakat ini

cabaran 30 hari
harap dapat melihat secara dekat

cabaran 30 hari
harap mampu diberi kudrat

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370


Kelahiran Yang Dinanti

$
0
0
gambar anak buah
26 may 2013 menjadi pasangan bahagia

Alhamdulillah,
Subuh 26 september 2014 lahir sudah orang yang dinantikan,
kelahiran anak pertama bagi sepasang suami dan isteri,
kelahiran cucu pertama buat kedua-dua belah keluarga,
kelahiran anak buah pertama buat kedua-dua belah pakcik dia,

gambar anak buah
selamat dilahirkan

adik shark wanita tunggal dalam kedua-dua belah keluarga.
maknanya budak ini tiada makcik lagi setakat ini.
lahir seminggu awal dari jangkaan,
baru jer buat undian nama dia 2 hari lepas disini.
tak sabar nak keluar dah gamaknya budak nie,
syukur kedua-dua selamat,

tak sabar pula nak tunggu kelibat dia di Kuantan,
dia akan berada di Kuantan sepanjang sesi ibunya berpantang,
boleh ler jalani pengalaman awal sebagai seorang ayah bila dia ada kat sini,
meriah ler rumah dengan tangisan dia di awal pagi nanti,
meriah jugak ler cerita-cerita dia didalam blog shark,
blog orang bujang ni boleh jadi blog parenting pulak lepas ini.

selamat hari lahir anak buah Ayah Long :)

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

cabaran 30 hari di Hari ke-22 | Percutian impian Abu Dhabi

$
0
0
destinasi percutian impian,
kalau nak sebut impian tu memang banyak nak disenaraikan.
pulau dan pantai menjadi destinasi pilihan,
tapi kalau diberi peluang shark akan memilih Abu Dhabi,
kota padang pasir yang sedang pesat membangun.

Antara sebab menjadi pilihan ialah ingin melihat sendiri keunikan bangunan disana,
sebelum ini hanya mampu melihat di dalam kaca TV,
saluran Discovery Chanel selalu memaparkan pembangunan di negara Abu Dhabi,
kreativiti arkitek seluruh dunia berada di satu tempat disini,
senireka yang cantik,unik,pelik dan mewah semua ada di Abu Dhabi,
memang satu kepuasan kalau dapat melihat depan mata secara realiti.

shark kongsikan antara koleksi  bangunan di abu dhabi yang menarik

bangunan di abu dhabi
Capital Gate

bangunan di abu dhabi
Aldar HQ Building

bangunan di abu dhabi
Yes Vinceroy

bangunan di abu dhabi
Masjid Sheikh Zayed

bangunan di abu dhabi
YAS Ferrari World

itu antara yang sempat shark kongsikan,
kesemua bangunan diatas bukan ilusi,
semuanya sudah siap dibina dan dibuka, 
kalau nak ikutkan masih banyak lagi bangunan cantik dan mewah.
shark akan kongsikan selebihnya akan datang
Abu Dhabi memang sesuai jadikan tempat percutian bersama keluarga,
percutian impian shark bersama keluarga kelak.

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

Fesyen Rambut Wak Doyok

$
0
0
semakin trending fesyen rambut wak doyok sekarang,
fesyen rambut belah tepi,botak tepi dan ada jambul.
shark pernah juga mencuba style rambut wak doyok tue,
rambut hari raya puasa baru-baru ini..rujuk sini.

fesyen rambut wak doyok
rambut wak doyok

hari raya haji minggu depan sahaja,
sekali lagi rambut menjadi agenda utama setiap kali hari raya,
dan kali ini tengah berkira-kira untuk mencuba stlye lain pula,

dalam kepala ingat nak sama macam hari raya tempoh hari,
tapi disebabkan sekarang dah jemu dan terlalu ramai yang buat begitu,
rasa macam boring pulak,
pergi je mana-mana shopping kompleks memang kompom akan terserempak klon Wak Doyok,
kena ambil alternatif lain,

kebiasaan shark akan rujuk instagram untuk fesyen rambut,
pakai je hashtag #uppercut #manhairstyle #barber pasti ada yang berkenan
dah jumpa boleh printscreen,
kalau tukang gunting tanya nak rambut macam mana just tunjuk gambar je,
tak payah susah-susah nak hafal nama fesyen rambut.
sekarang dalam proses pemilihan.
sebelum hari raya kena korban rambut kesayangan,
kita jumpa selepas hari raya nanti dengan fesyen rambut yang baru.

fesyen rambut lelaki
selfie sebelum rambut dikorbankan nanti


semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

cabaran 30 hari di Hari ke 23 | Pilihan Pekerjaan

$
0
0
dulu-dulu selalu cikgu bertanyakan soalan,
" bila besar kamu nak jadi apa ? "
dengan berlagak dan penuh semangat masing-masing menyatakan hasrat,
doktor , bomba , polis , cikgu menjadi pilihan,
sampai mana pilihan itu bertahan tiada siapa yang tahu,

kalau diberi peluang shark akan memilih untuk berkerja sendiri,
peluang untuk berkerja sendiri sekarang lebih luas,
banyak platform telah disediakan,
cuma perlukan keberanian , usaha dan tanggungjawab,
dapat mendisiplinkan diri dengan cabaran yang terhidang,
kepuasan yang tidak terhingga bila semua dapat diharungi.

rasanya sekarang masih ramai lagi yang menantikan jawapan SPA,
ada yang sudah 4 tahun bekerja dengan syarikat swasta masih menunggu jawapan dari SPA,
katanya peluang bekerja dengan kerajaan lebih cerah berbanding swasta,
memang tidak dinafikan,
tapi sampai bila nak tunggu jawapan SPA itu, 
apa salahnya bertindak sendiri untuk memulakan perniagaan sendiri,
berani untuk memulakan hidup baru,

 semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370


Selfie Jemaah Haji

$
0
0
menarik keratan akhbar utusan harini,
Utusan Malaysia 30 Sept - Jemaah Jangan selfie ketika tunai haji

selfie ketika haji
sekumpulan jemaah Haji selfie didalam MasjidilHaram | sumber : UtusanMalaysia

perbuatan selfie ketika menunaikan haji sudahpun ditegur oleh ulama disana,
ada betul kata ulama disana,
sudah menjadi trending pula selfie di kota makkah,
kalau selfie ditempat tinggal dan restoran masih boleh diterima,
agak melampau kalau nak selfie ketika melontar jamrah mahupun melakukakn tawaf.
lagi tidak boleh diterima bila selfie di depan Kaabah.

tujuan?
semestinya alasan untuk kenagan akan diguna pakai,
tidak menjadi kesalahan kalau nak selfie untuk kenangan,
tapi menjadi masalah bila gambar tersebut berkongsi di halaman sosial,
tiada lagi kenangan tapi sebaliknya sifat riyak akan timbul
ada jugak yang berlakon selfie,
mengambil gaya dengan pelabagai gaya,
angkat tangan untuk berdoa,kelihatan merendah diri tapi selepas gambar dirakam,
semuanya hilang.

"Ketika Rasulullah SAW tiba di miqat, baginda bersabda: "Allah memerintahkan ibadah haji dilakukan tanpa riyak dan tidak dihebahkan kepada orang ramai.''

teguran ini bukan untuk jemaah haji sahaja,
untuk diri shark sendiri dan bakal-bakal haji mahupun umrah,
jangan sampai niat kita kesana untuk beribadah hilang begitu sahaja,
semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370



Koleksi Troll #20sen

$
0
0
malam tadi timeline Facebook dan Twitter penuh dengan hashtag #20sen
seperti biasa koleksi gambar-gambar troll komen bergambarmenjadi tarikan,
sebelum ni isu kangkung
malam tadi isu minyak pula,
kita lihat antara yang menarik malam tadi.

koleksi lawak 20sen
duit BRIM

koleksi lawak 20sen
koleksi duit 20 sen

koleksi lawak 20sen
kecoh 20 sen

koleksi lawak 20sen
beratur isi minyak?

koleksi lawak 20sen
syukur 20 sen jer

koleksi lawak 20sen
dialog sepanjang zaman

koleksi lawak 20sen
lagu awie feymes bulan ini

koleksi lawak 20sen
masih percuma


koleksi lawak 20sen
errrrrrrrrrr....

koleksi lawak 20sen
syukur
koleksi lawak 20sen
alat penjimatan minyak

koleksi lawak 20sen
aduh sazali

koleksi lawak 20sen
penyakit nombor 1

semoga bermanfaat.
banyak-banyak bersabar.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

cabaran 30 hari di Hari ke 24 | Rumah impian

$
0
0
setiap orang ada impian untuk memiliki rumah sendiri,
setiap orang mempunyai konsep rumah impian yang berbeza,
shark kalau diberi peluang shark akan memilih rumah berkonsepkan SOHO.
SoHo merujuk kepada "Small Office Home Office"
konsep sebuah rumah yang memiliki pejabat kecil
disitulah anda tinggal dan disitu juga anda bekerja.
sesuai untuk orang yang bekerja sendiri.

konsep rumah soho
antara konsep rumah SoHo

ada yang berpendapat rumah yang sedia ada pun boleh jadikan konsep SOHO,
gunakan sahaja bilik kosong dan jadikan sebagai bilik bekerja,
gunakan sahaja ruang tamu yang ada.
lain orang lain pendapat,
shark lebih suka kalau konsep rumah itu khusus untuk konsep SoHO,
pembahagian ruang antara tempat kerja dan tempat tinggal lebih teratur,
rumah yang kecil pun nampak cantik bila dibina khusus untuk konsep SoHo
kalau nak harap buat sendiri rasanya memang tak mampu,

konsep rumah SoHo
lebih kemas dan teratur

kalau ada rezeki memang shark akan memilih konsep rumah SoHo,
cabaran hari ke-23 sebelum ini shark ada nyatakan hasrat untuk bekerja sendiri,
diharapkan kedua-dua impian ini akan terlaksana kelak.
amin

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

Ditinggalkan Hanya Kerana Sakit Mata

$
0
0
kucing terbiar
dipisahkan dari adik beradik

tertarik hari ini  dengan status sahabat FB di Page Dunia Kucing Group,
asalnya ada 3 ekor anak kucing ditinggalkan,
tapi sayangnya seekor lagi ditinggalkan,
entah kenapa dia seekor tidak dipilih oleh individu terbabit,
tengok pada keadaan dia ni hanya sakit mata,
mungkin sebab itu dia ditinggalkan keseorangan,
sifat fizikal yang lain nampak sempurna,
comel jer tengok dengan stokin putih di kaki, 

kucing terbiar
nampak comel dan sempurna

kucing terbiar
dia pakai stokin panjang

rasa nak marah pun ada,
tapi ambil sikap postif,
malas nak mencarut bagai,
mungkin sebab dia taknak penyakit mata tu berjangkit dalam rumah,
sebab itu ditinggalkan.
tapi memang tak patut ler tinggal dia sorang-sorang,
bayangkan ler sendiri kalau kita hidup sorang-sorang,
makan sorang , main sorang , sedih tau tak.

kalau rasa berminat untuk bela dia boleh rujuk gambar diatas,
katanya kucing ni berada di Apartmen Seri Cempaka Bangi
shark rasa kucing ni memang cantik lepas diberi ubat mata,
memang rugi ler individu tersebut tak memilih dia.

semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayfomh370

cabaran 30 hari di hari ke 25 | Berita Terkini

$
0
0
berita terkini yang baru dapat adalah dari blogger Ben Ashaari,

lori terbabas batu 7
lori terbabas di Bukit 7

laporan lalulintas sebelum Hari raya haji,
Sebuah lori terbabas di Bukit 7 dari arah Kuala Lipis - Gua Musang,
lori dikatakan melintangi jalan dan jalan sesak teruk.
kejadian berlaku lebih kurang  jam 2 petang tadi.

lori terbabas batu 7
keadaan lori

lori terbabas di batu 7
ada yang berpatah balik

kalau kejadian ini berlaku besok,
boleh bayangkan?
sumpah seranah dapat kalau kena pada hari esok.

semoga bermanfaat.
berhati-hati semasa memandu

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

Lawak Di Hari Korban

$
0
0
lawak di hari korban
tersenyum riang mereka

 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua.
kepada yang pulang ke kampung berhati-hati,
terutamanya yang pulang ke Pantai Timur
kereta sekarang makin bertambah,
katanya dari KL ke Kelantan semalam hampir 12 jam.
memang dugaan dan cabaran sekarang pulang beraya disana,

lepaskan tensen dengan koleksi-koleksi lawak di Hari Raya Korban,

Biasanya
Bila ayam dah tak selera makan,
kambing pula resah,
lembu pura2 buat gila,
unta jer nampak cool,
tu tandanya raya korban dah dekat.

Tolong doakan ye…
Akhir2 ni hampir setiap malam kat depan rumah aku ada orang lalu….
dia tengok2 jer…. bawa pisau, bara api dan ketulan2 daging….
Seram betul. Dia jerit…..
SATE!…. SATE!t.

Allahu akbar
Berita penting, harap sebarkn!
Pasti tjadi!
Kita akan bemandi darah d sluruh negara.
Kpd semua org islam, siap sedia & asah parang, keris, pisa
Kita akan sembelih lembu, kambing,kerbau,kibas dan unta. Kita buat sop.


Bunyi lembu mcm mana? moOO…. bagus, bunyi kambing mcm mana? mbeEKK… bagus2 tahniah esok anda boleh dijadikan korban.


semoga terhibur.
Selamat Hari Raya Aidiladha

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

Tolong Tutup Kemas Pintu Kereta

$
0
0
pintu kereta tak kemas
pandulah dengan cermat

untuk hari ini sahaja terjumpa 4-5 orang pemandu yang kurang cekap,
bukan kurang cekap dari segi pemanduan,
tapi dari segi keselamatan diri,
kenapa masih ada lagi jenis tak pandai nak tutup kemas pintu kereta.

tak pasti mana silapnya,
cuai atau tergesa-gesa?
nak kata pintu rosak bila ditegur kemas pula pintu ditutup,
nak kata tak perasan , indicator pun ada menyala pada meter,
atas dasar kemanusian,bila tiba di traffic light shark akan tegur,
kebiasaannya di bahagian pemandu,
sudah ler pintu tak kemas,tali pinggang pula kau tak pakai,
mungkin terlalu hebat cara pemanduan dia sampai begitu sempoi bawa kereta
setakat ni alhamdulillah semuanya sudi terima teguran,
shark naik motor,
jadi memang mudah ler nak menegur
ketuk je cermin tingkap kasitau terus,

pintu tak kemas
begini rupanya kalau tak pakai tali pinggang

cuma hari ini agak ralat sedikit dengan seorang pemandu,
pintu tak kemas di bahagian belakang,
sampai traffic light , tengok ada budak dengan baby seat di belakang,
nasib baik jugak le baby seat tu diikat dengan tali pinggang keledar,
bila ditegur cepat-cepat turun tutup,
kereta punya le best , takkan ler tak perasan indicator pintu tu menyala.
kemalangan tak berbau,bila-bila masa dia boleh berlaku.
elak selagi ia boleh menyelamatkan nyawa.

nampak remeh?
memang itu sikap semulajadi manusia,
benda remeh memang takkan dipandang berat,
bila yang remeh tu dapat mengorbankan nyawa baru nak pakai otak.

semoga bermanfaat
berhati-hati di jalan raya

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

cabaran 30 hari di Hari ke 27 | Mood Hari ini

$
0
0
hari ini hari Khamis,
mood ada sedikit semangat nak habiskan cabaran 30 hari,
malam ni malam jumaat,
jadi tiada apa-apa mood bagi orang bujang.
hehehe.

besok hari jumaat.
malam besok malam sabtu.
mood ceria sebab dapat tengok pujaan hati Ji Hyo.

peminat running man malaysia
Mong Ji -  Running Man

lusa hari sabtu,
malam lusa malam minggu,
mood terlebih ceria sebab esoknya hari minggu.

semoga bermanfaaat
selamat bersegmen

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370


Festival Gerbang Perkahwinan Mega 2014

$
0
0
festival gerbang perkahwinan mega 2014
Festival Gerbang Perkahwinan Mega 2014 Kuantan

Festival Gerbang Perkahwinan Mega 2014 bermula hari ini,
ini adalah karnival  perkahwinan terbesar di Pantai Timur,
berlangsung selama 3 hari bermula 10 -12 oktober,
bertempat di Shopping Kompleks Berjaya Megamall Kuantan.

disini akan berkumpulnya pakar-pakar dalam bidang perkahwinan,
butik,fotographer,designer,jurumekap semuanya akan berkampung disini,
harga dan diskaun menarik menanti pengunjung disini,

berikut shark sertakan beberapa promosi hebat dari photographer yang terlibat,
khidmat photographer semestinya menjadi pilihan utama bagi setiap pasangan,
dan mereka ini adalah yang terbaik.

bukan 1 tapi 3 promosi | Facebook : DheDaun Picture

diskaun RM499 | Facebook : The Pictures

promosi oktober | Facebook : 7ujoh

jangan lepaskan peluang buat bakal-bakal pengantin,
dapatkan pelbagai promosi hebat sempena Festival Gerbang Perkahwinan Mega 2014,
terdapat juga pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival ini berlangsung,

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

cabaran 30 hari di Hari ke 28 | Andainya aku 5 Orang

$
0
0
andainya aku seorang perdana menteri
andainya aku seorang......

Andainya aku seorang Perdana Menteri, akan ku letak jawatan serta merta,
tak sanggup memecahkan otak untuk memuaskan kesemua pihak.
rela aku menjadi rakyat yang mampu bekerja.
Andainya aku seorang selebriti,
akan ku tinggalkan dunia glamour dengan serta merta,
tak sanggup biarkan peminat menceroboh privasi diri
Andainya aku seorang jutawan,
akan ku rahsiakan kekayaanku,
biarlah ianya menjadi rahsia keluarga dan keselamatan terjaga
Andainya aku seorang keyboard warrior,
akan ku gunakan populariti yang ada untuk kearah kebaikan
tak sanggup untuk menambah dosa-dosa fitnah dan cacian
Andainya aku seorang mat rempit
akan ku jual motorku,
tak sanggup lagi merempit dengan harga minyak sekarang.

semoga bermanfaat
selamat bersegmen.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

cabaran 30 hari di Hari ke 29 | Orkid Bunga Kegemaran

$
0
0
nak cerita pasal bunga nie memang leceh sikit,
orang laki bukan tahu sangat pasal bunga nie.
yang paling wajib tahu bunga ros dan bunga tahi ayam,
sebab yang tu jer tahu waktu tengah hangat bercintan cintun,
bila sayang bunga ros jadi simbolik,
bila benci bunga tahi ayam jadi pilihan.

secara peribadi shark lebih gemarkan bunga orkid,
tertarik dengan saiz yang kecil dan warna yang menarik,
kalau tanam di halaman rumah memang terbaek,
penuh dengan warna warni.

malas nak cerita banyak.
layan ajer gambar bunga orkid yang cantik ni.
kesemua gambar adalah dari Blog OrchidCraze
sebuah blog penggemar orkid.

jenis bunga orkid
Orkid vanda Mini Palmer
jenis bunga orkid
Orkid Dendrobium Song Song
jenis bunga orkid
Orkid Dendrobium Dawn Maree X
jenis bunga orkid
Orkid Tolumnia Jairak
jenis bunga orkid
Orkid Tolumnia Jairak Rainbow

untuk lebih gambar dan info mengenai bunga orkid,
boleh singgah ke blog OrchidCraze,
pelbagai jenis bunga orkid boleh tengok disitu,
yang jarang dilihat pun ada,
walaupun blog sudah lama tidak update tapi still berguna untuk melihat

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

cabaran 30 hari di Hari ke 30 | Pekara Yang Menarik Tahun Ini

$
0
0
pekara yang menarik dan bangga untuk tahun ini?
rasanya tak dapat nak ingatkan semuanya,
tapi nasib baik jugak ada blog ni,
dapat ler catat diari-diari  yang menarik untuk dikongsi bersama,

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 ( SBB2014 )
masih segar dalam ingatan majlis SBB2014 pada bulan mac yang lalu,
ini adalah event blogger pertama shark turut serta,
tak sangka ada juga rezeki dalam cabutan bertuah untuk domain percuma.
berbaloi-baloi dapat bersua muka dengan blogger-blogger lain,
ada juga yang tak sempat,
mungkin ada rezeki untuk ke SBB2015 pula.

contest yeos
menang ipad dari Yeos

Menang Ipad Yeos 80 Days
sejarah jugak untuk tahun nie,
dapat cabutan bertuah daripada syarikat besar di Malaysia,
masih ingat lagi cabaran minum air kotak Yeos?
shark salah seorang yang bertuah menerima ipad.
blogger Kak Hanim pun terpilih jugak.

review vistana hotel
Review Buffet Ramadhan Vistana Hotel

Review Bersama Butik Jefferson dan Hotel Vistana
untuk tahun 2014 merupakan tahun paling aktif shark dalam blog,
tahun ini jugak ada rezeki untuk sesi review dengan syarikat-syarikat besar,
bulan Jun yang lalu dapat review fesyen dengan Butik Jefferson -Bergaya Dengan Jefferson
bulan puasa dapat review buffet di Vistana Hotel -Buffet Ramadhan Vistana Hotel
terus bersemangat nak blogging selepas itu

Kelahiran Anak Buah Pertama
hujung bulan 9 baru ni shark menerima anak buah pertama,
memang gumbira rasanya,
dapat jugak merasa kemeriahan bila ada baby dalam rumah.

rasanya itu sahaja yang dapat dikongsi bersama,
kenagan-kenangan manis dan kenangan yang dibanggakan tahun ini,
tiada buku diari untuk seorang lelaki,
tapi blog boleh dijadikan diari untuk dikongsi bersama.

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

Koleksi Gambar Gerhana Bulan Penuh

$
0
0
minggu lepas,
8 Oktober 2014 ramai yang ingin melihat fenomena bulan berdarah,
fenomena kali kedua Gerhana Bulan Penuh untuk tahun 2014,
di Kuantan fenomena bulan berdarah tidak kelihatan,
dilindungi oleh awan tebal ketika itu.
difahamkan ada beberapa tempat di Malaysia yang dapat melihat dengan jelas,
memang bertuah siapa yang dapat melihatnya.
berbeza melihat didepan mata berbanding didalam gambar.

berikut shark kongsikan gambar gerhana bulan penuh 8 Oktober 2014,
kesemua gambar ini adalah koleksi dari luar negara,
sumber foto diambil dari Time.com

pandangan dari Ningbo City,China

pandangan dari china

pandangan dari toronto

pandangan udara di Sydney

pandangan dari Kathmandu,Nepal

kesemua gambar ini diambil dari photographer profesional.
tidak hairan ler gambar-gambar mereka nampak menarik
ada jugak kemusykilan pada gambar kedua tue,
nampak begitu besar pula gambar bulan tue,
kalau betul terjadi memang untung siapa yang melihatnya.

semoga bermanfaat

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370

cabaran 30 hari di Hari ke 31 | Manfaat dari Blog

$
0
0
blog cerita shark
dulu-dulu punya blog

cukup bertuah rasanya apabila tergolong dalam kelompok blogger,
begitu banyak peluang yang terhidang untuk digapai,
situasi win-win antara blogger dan pembaca.

ini antara pemerhatian shark bila terjebak dalam dunia blog,
  • kenalan makin bertambah 
  • bertukar-tukar idea dan pendapat tentang sesuatu isu
  • peluang marketing untuk yang berniaga
  • menjana pendapatan dengan nuffnang dan advert,
  • hadiah yang bertuah setiap minggu dengan segmen dan contest yang ada
  • peluang mencuba produk dari syarikat-syarikat besar
  • peluang bercuti anjuran komuniti mahupun tajaan
  • menjadi duta sesuatu produk dan jenama
  • blog dan nama menjadi branding

ada yang nampak mustahil untuk dicapai
tapi kalau rajin dan ada usaha semuanya boleh digapai.
jadikan hobi blog sebagai satu kerjaya.
hobi juga boleh menjana pendapatan
sudah ramai yang berkerja tetap sebagai seorang blogger,
kalau mereka boleh kenapa kita tidak.
peluang sudah terhidang untuk blogger,
semuanya bergantung atas kemahuan dan usaha.

semoga bermanfaat untuk diri sendiri dan rakan lain.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370


Aleesya Nurani

$
0
0
Wordless Wednesday untuk entry Kelahiran Yang Dinanti

nama anak
26 September dilahirkan

kasut baby
hak milik Aleesya Nurani

semoga terhibur.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
Viewing all 877 articles
Browse latest View live