misai seorang lelaki | karya : yAzid TorPedo |
sudah tiba masanya untuk menebas misai yang ada.
kalau nak ikutkan memang shark tak selesa bila bermisai
shark lebih selesa dan minat menyimpan janggut .
ada setengah orang suka menyimpan misai
ada juga wanita yang suka dengan jejaka bermisai,
katanya nampak lebih kejantanan dan kemachoan disitu,
ada juga kaum wanita yang tidak suka lelaki bermisai,
lain orang lain citarasa.
hari ini ada masa sedikit untuk mencari fakta tentang misai dan janggut lelaki,
Perlindungan daripada cahaya matahari
Janggut dikatakan mampu menghindari diri daripada terkena kanser kulit. Hal ini terbukti apabila para penyelidik berpendapat janggut dan misai yang rata boleh melindungi kulit dari sinaran UV berbahaya.
Mencegah lelah
Pesakit lelah senang jatuh sakit apabila terdedah kepada kawasan berhabuk. Oleh kerana itu, misai yang tumbuh di sekitar bawah hidung boleh menghindarkan habuk tersebut dari memasuki rongga hidung.
Lambatkan proses penuaan
Nah, rerambut yang terdapat di kulit wajah mampu menyimpan lembapan, membuatkan kulit sentiasa lembap. Dengan lembapan tersebut, kulit akan kelihatan muda dan berkeadaan baik. Namun lelaki pastikan janggut dan misai anda dijaga dengan kemas dan rapi.
Melawan batuk
Tahukah anda janggut yang tumbuh lebat di sekitar kawasan dagu dan leher mampu menaikkan suhu leher? Ia sekali gus dapat mencegah jangkitan selesema.
Menghalang ruam di mukamengikut fakta sains, janggut lebih banyak memberi faedah kepada kaum lelaki,
Ruam sering diakibatkan oleh kaedah mencukur yang tidak dibuat dengan berhati-hati. Bagi mengelakkan berlakunya masalah tersebut, adalah lebih elok untuk menyimpan janggut sahaja seterusnya menyelesaikan masalah ruam di muka.
sama juga dalam islam yang menggalakkan lelaki menyimpan janggut,
terdapat beberapa Hadith menyimpan misai.
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)
dalam kepala pagi tadi baru memasang niat untuk menyimpan misai,
konon-konon nak ubah penampilan selepas berkepala botak baru-baru ini,
tapi bila buat research rasanya lebih elok buat seperti biasa,
simpan saja janggut yang ada,
potong saja misai,
rambut botak berjanggut.
macam mana rupanya yer.
tunggu next entry untuk selfie :)
selesa dengan imej botak sekarang |
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370