doa memohon cahaya |
tajuk entry hari ini shark ambil dari petikan lirik lagu Al-Nuraa.
salah satu lagu kegemaran shark yang berkonsepkan ketuhanan.
kolaborasi antara Mawi , Hazama dan Daly Filsuf ( Ahli Fiqir) ini memang terbaik,
susunan muzik dan lirik yang begitu cantik.
kolaborasi 3 penyanyi berlainan genre muzik |
lagu ini bercerita tentang doa memohon cahaya daripada Tuhan,
di penghujung lagu ada diselitkan bacaan doa oleh Mawi,
itu bukan saja-saja nak letak doa dalam lagu,
itu adalah doa memohon cahaya (nur)
lirik lagu pula membawa kepada kita mengenali diri dan Pencipta.
shark kongsikan lirik lagu Al-Nuraa
baca lirik tanpa lagu insyaallah anda faham apa yang cuba disampaikan
Lagu : Al-Nuraa
Artis : Mawi , Hazama , Daly Filsuf
Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari
Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang
Yang lima yang enam
Yang di luar dan yang di dalam
Yang memberi salam
Dan yang menghulur tangan
Yang menyambut salam dengan penuh senyuman
Yang di dalam hati tersirat seribu jawapan
Seluas-luas lautan
Setitik pun belum tentu lagi
Dunia luas terbentang
Kita masih lagi mencari
Yang kita ingat jauh
Sudah semakin dekat
Yang kita ingat tinggi
Sudah semakin rendah
Awal dan akhir yang selama ini kita menunggu
Sekarang masanya sudah semakin hampir
Ku imbas kembali sepanjang perjalanan
Ku cuba renungi setiap perbuatan
Ku tunduk malu, malu aku memikirkan
Pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan
Ku cuba berlari, lari dari realiti
Seperti ada tali yang menarik ku kembali
Aku masih tak faham masih jugak tak mengerti
Masih mencari-cari siapakah diriku ini
Ku tanya pada hati moga diberi jawapan
Tapi ada dua suara yang sering kedengaran
Yang satu kata iya yang satu kata bukan
Kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan
Namun ku tetap mencari dan juga terus berjalan
Selagi ada matahari dan selagi ada bulan
Selagi aku belum mengenal diri ini yang sebenar
Mana mungkin aku dapat mengenal Tuhan
Allahummaj'al fi qolbi nuuraa
Wa fi asobi nuuraa
Wa fi lisani nuuraa
Waj'al fi nafsi nuuraa
Waj'al lii yau maliqo ika nuuraa
Tunjukkanlah jalan terang
Tunjukkanlah jalan pulang
Agar tidak kesesatan
Dalam titian dan harapan
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
72 kesesatan
Hanya satu kebenaran
lirik akhir tu pun ada maksud tue.
73 pintu,73 jalan,72 kesesatan,
itu ada dalam Hadith Rasulullah S.A.W tentang 73 golongan umat islam,
daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.
lirik tu juga ada dalam lagu M.Nasir-Tanya Sama Itu Hud-Hud
Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecahkepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umatIslam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluhdua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuksyurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429)
kalau hayati lirik lagu ini memang menbawa kepada satu penghayatan
lagu ni kalau putar banyak kali pun tak puas mendengarnya.
Vklip original boleh dilihat di Youtube Mawi & Hazama feat Daly Filsuf - Al Nuraa
diharapkan lagu kolaborasi berkonsepkan ketuhanan seperti ini akan terus berkembang,
setidak-tidaknya kita boleh menghafal doa-doa yang terkandung,
orang kata kalau doa dalam bentuk lagu ni lebih mudah hafal.
semoga bermanfaat.
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370