tertarik dengan satu artikel di akhbar Utusan semalam.
Utusan Malaysia -Batal Konsert Kerana Arahan
pada malam ambang tahun baru nanti, 31 Disember 2014,
kita tidak dapat lagi melihat aksi anak muda terkinja-kinja di Dataran Merdeka,
tiada lagi percikan bunga api di bandar Kuala Lumpur,
ini kerana arahan telah dikeluarkan bagi menghormati mangsa-mangsa banjir yang sedang melanda,
nak tunggu bencana baru nak hentikan konsert?
sejauh mana arahan ini akan bertahan,
dataran merdeka dan putrajaya semestinya akur dan patuh atas arahan bigboss,
tapi macam mana pula di Bukit Bintang,dan jalan-jalan yang penuh dengan kelab malam,
rasanya arahan ni seperti "masuk telinga kanan keluar telinga kiri"
shark yakin kalau dibuat serbuan, 50% adalah orang melayu itu sendiri yang berada disana,
Malam Cinta Rasul di Tahun Baru 2015 |
cuma digantikan dengan Malam Cinta Rasul 2015,
Alhamdulillah kalau ada pengisian begini sepanjang tahun baru,
tapi seperti tidak kena bila dibuat pada malam tahun baru masihi.
bila difikirkan balik ada eloknya juga daripada buat konsert dan bunga api.
terpulang pada individu untuk menilai,
ini adalah kali pertama program selawat diangkat menjadi program rasmi malam tahun baru.
mungkin ada yang kata Malam Cinta Rasul ni dibuat sempena arahan pembatalan konsert tahun baru,
sebenarnya itu adalah salah,
program selawat ini telah diumumkan lebih awal lagi sebelum bencana banjir berlaku,
10 Disember lagi program ini telah disusun oleh pihak penganjur.
tapi seperti biasa program begini tidak dipandang dan tidak diendahkan orang kita,
10 Disember - lihat jumlah like yang agak sedikit. |
jangan lupa ke Datara Merdeka pada malam 31 Disember 2014 nanti,
Malam Cinta Rasul akan bermula jam 8 malam.
pelbagai acara telah disusun seperti
- solat isyak berjemaah
- solat hajat
- doa dan zikir munajat
- Qasidah Munajat ( habib Syech Al-Seggaf
- Kutipan Bantuan Banjir
Tv Al-Hijrah akan membawa secara langsung Malam Cinta Rasul bermula jam 9 malam.
untuk info lebih lanjut boleh layari Facebook Malam Cinta Rasul.
sedikit info malam cinta rasul 2015 |
#prayforpantaitimur
#doauntukpantaitimur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370