berita banjir pada hari ini | sumber : astroawani |
hari ini dikhabarkan banjir terburuk di Kelantan semakin pulih,
namun ada beberapa tempat masih dinaiki air,
negeri pahang pula mencatat mangsa banjir yang meningkat.
diharapkan kejadian banjir yang terburuk pernah direkodkan tidak berlanjutan.
rata-rata sudah melihat kemusnahan yang berlaku di kelantan,
shark tidak sampai hati ingin berkongsi gambar di sini,
begitu tragis untuk dikongsi bersama,
ada yang hilang tempat tinggal,haiwan ternakan,tanaman,tempat mencari rezeki,
dan yang paling hiba , ada juga yang kehilangan orang tersayang.
takziah dan Al-Fatihah shark sedekahkan kepada mangsa.
di sepanjang musin banjir ini,
terdapat 3 spesis yang merbahaya dan patut dijauhi,
yang pertama sekali semestinya Ular,
ular mempunyai kebolehan di darat dan air,
bila banjir dah surut semestinya kawasan-kawasan tertutup menjadi tempat berlindung,
diharapakan orang ramai berhati-hati ketika membersihkan kawasan banjir.
ular seringkali kelihatan di musim banjir |
antaranya lipan dan lintah atau pacat.
kawasan berlumpur dan lembap memang menjadi habitat mereka,
walaupun saiz yang agak kecil tapi bilangan habitat mereka agak besar,
kecik tapi berbisa |
spesis ni tidak kira musim tidak kira siapa,
spesis kaki sebar cerita fitnah.
dalam aplikasi whattsap semestinya menjadi habitat mereka,
entah apa yang bermain di fikiran mereka,
buat cerita mengalahkan pengarah filem,
dialog dan skrip begitu cantik disusun,
salah satu cerita palsu banjir di Kelantan |
ini baru sahaja banjir yang melanda,
bencana alam di negara luar garisan khatulistiwa lagi teruk dan tragis.
kita masih bersyukur kerana menerima ujian kecil dariNya,
semoga bermanfaat.
#PrayForPantaiTimur
#DoaUntukPantaiTimur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370