melihat kebaikan dan keburukan diri denganmelihat cermin. |
cara penggunaan cermin pula bergantung kepada individu,
ada yang ingin melihat kecantikan
ada yang ingin mengekalkan kecantikan
ada juga yang ingin memperbaiki kecantikan.
sedar atau tidak melihat cermin itu juga adalah sunnah Rasulullah,
tapi perlu disertakan dengan niat dan doa melihat cermin..
"Allahumma kama hassanta khalqi, fa hassin khuluqi.”
(Ya Allah sebagaimana Engkau telah mencantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku)
doa melihat cermin |
melihat wajah dan keterampilan diri belum cukup membantu diri untuk menjadi manusia sempurna,
renung cermin dan tanya pada diri , adakah akhlak kita baik seperti sempurnanya kita dihadapan cermin,
berpakaian cantik perlu juga cantik pada tingkah laku,
memakai wangian perlu juga harum dalam pertuturan bahasa,
elakkan diri dari sifat "perasan" kerana riak itu adalah syirik kecil yang perlu sentiasa diawasi dalam diri.
"Sesungguhnya Allah tidak melihat (menilai) kepada tubuh badan kamu, juga tidak kepada rupa paras kamu tetapi Allah melihat (menilai) kepada hati kamu."jangan pula terikut-ikut dengan rakan yang bergosip di depan cermin,( hadith riwayat Imam Muslim daripada Abi Hurairah Radhiallahu ‘anhu )
jangan pula mengambil masa yang lama di depan cermin,
cukup bersederhana dalam apa jua tingkah laku.
semoga bermanfaat.
sumber : Muhasabah Diri Melalui Cermin - Hajah Mazlina Ismail
#PrayForPantaiTimur
#DoaUntukPantaiTimur,
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370