DOnt Judge A Book By its Cover |
"Dont Judge A Book By Its Cover "jangan menilai sesuatu dari luaran sahaja,
jangan cepat menilai sesuatu hanya dari pandang pertama.
masih boleh diguna pakai ker pesanan cikgu dulu dizaman sekarang?
diatas keyboard/keypad anda boleh berkata ya
tapi secara realiti ianya tidak.
budak sekolah bawa beg kotak |
kes budak sekolah bawa beg kotak,
awal pagi persekolahan begitu ramai yang perihatin dan sedih dengan penyebaran gambar tersebut,
habis sahaja persekolahan lain pula cerita yang diceritakan,
ramai juga yang tertipu,
realitinya kita tertipu atau kita judge book by its cover?
gambar sedih , caption sedih sudah cukup buat kita percaya,
isi komen sudah tidak penting lagi bila tajuk sudah gempak.
pesanan untuk diri sendiri dan sahabat |
sekeping gambar sudah cukup untuk menceritakan segalanya,
disini kita tidak perlu melihat isi komen sebab ternyata ianya salah,
menjadi persoalan ialah cacian dan tomahan yang diberikan,
begitu banyak cacian yang dilemparkan tanpa rasa bersalah,
sudah cukup sempurnakah kita untuk mencaci?
sedar tak sedar kita juga yang buat dosa kering dengan cacian tersebut,
begitu mudah kita menilai orang lain tanpa sedar menilai diri kita sendiri,
semua orang pernah buat silap.
kenapa tidak sekadar memberi nasihat yang bernas kepada diri sendiri dan rakan lain.
jangan jadi seperti pengarah dan penerbit drama disiasat SKMM baru-baru ini,
gunakan ruangan komen dengan sebaik mungkin,
ruangan komen ada juga isi dan fakta tersembunyi.
ramai yang tak sedar isi kandungan komen lagi menarik dari apa yang dipaparkan.
rajinkan membaca dari melihat.
semoga bermanfaat.
rakyat malaysia memang perihatin.
#PrayForPantaiTimur
#DoaUntukPantaiTimur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370