berbaju tshirt berseluar track,
itulah penampilan biasa bagi seseorang yang dipanggil Pok Mang.
hari ini gaya Pok Mang agak berlainan dari hari biasa.
nampak lebih kemas dan lebih wangi.
mungkin kerana hari ini hari Jumaat.
berjalan Pok Mang ke kedai makan berhampiran,
kedai makan ini memang menjadi port melepak Pok Mang 24jam.
dari jauh sudah berbau aroma nasi lemak ynag menjadi menu hari ini di Kedai Kojek yang baru sahaja dibuka lebih kurang 3 bulan yang lalu.
menu utama disini adalah Mi Calong,
tapi kadang-kadang diselitkan jugak dengan nasi lemak,nasi ayam berempah dan nasi koboi,
melangkah masuk ke kedai,kelihatan beberapa orang sedang menikmati makanan,
sambil makan sambil menonton TV,
pandai juga tauke kedai ni tarik pelanggan dengan meletak TV di dalam kedainya,
siap pasang ASTRO lagi,
memang hari-hari ler orang kat sini layan citer ulangan yang disiarkan di ASTRO,
dan sekarang mereka tengah layan Konsert Kilauan Emas,
menonton orang-orang yang berumur sedang karaoke kadang-kadang menghiburkan,
kadang-kadang naik menyampah juga dengan drama yang cuba dibuat,
standard rancangan realiti,
menjadi kebiasaan orang-orang yang menonton akan menjadi juri tak bertauliah.
termasuk ler Pok Mang,
nasi penuh dalam mulut pun masih sibuk nak bercakap,
sejam melepak di Kedai Kojek,Pok Mang kembali kerumah,
waktu tengahri sudah habis bagi beliau bila dah kenyang makan nasi koboi,
sampai dirumah dicabut semua baju diganti pula dengan kain pelikat.
kerusi malas yang berada di beranda rumah dijadikan tempat berehat beliau,
senyuman diberikan kepada orang lalu-lalang di depan rumahnya yang baru habis solat Jumaat.
tak sampai 15minit , Pok Mang lena dibuai mimpi,
bangun tak bangun Pok Mang bila azan maghrib berkumandang,
itulah Pok Mang.
semoga terhibur

"Dah tua-tua pun masih lagi tak reti duduk kat rumah,bersuara Pok Mang bila melihat salah seorang peserta menyanyi,
sibuk nak menyanyi,joget sana-sini,sibuk duk hafal lagu,tak paham aku.
malu ke cucu duk tengok.bawak-bawak ler g masjid,kalau cucu suruh ngaji kang mula berpinor mata.
rosak rosak"
nasi penuh dalam mulut pun masih sibuk nak bercakap,
sejam melepak di Kedai Kojek,Pok Mang kembali kerumah,
waktu tengahri sudah habis bagi beliau bila dah kenyang makan nasi koboi,
sampai dirumah dicabut semua baju diganti pula dengan kain pelikat.
kerusi malas yang berada di beranda rumah dijadikan tempat berehat beliau,
senyuman diberikan kepada orang lalu-lalang di depan rumahnya yang baru habis solat Jumaat.
tak sampai 15minit , Pok Mang lena dibuai mimpi,
bangun tak bangun Pok Mang bila azan maghrib berkumandang,
itulah Pok Mang.
semoga terhibur
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari