Quantcast
Channel: Shark Razali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 877

Dapat Medal Dapat Sakit

$
0
0
happy ada.
sakit pun ada.
selepas sebulan 10KM Empire Run pada bulan 4 yang lalu,
semalam sekali lagi shark menyertai larian 10KM.
kali ini lebih besar dan meriah.
Half Marathon Kuantan 2015 adalah larian tahunan di Kuantan.

datang awal dapat menari dulu | sumber : FB Run&Explore
lari lari selamatkan diri | sumber : FB Run & Explore

nak dijadikan cerita pada hari semalam,
shark terlewat bangun dan terlewat sampai untuk waktu perlepasan.
kira-kira 15 minit jugak ler lewat.
nasib baik rumah dengan vanue tak berapa jauh.
bayar pun sudah,memang rugi ler kalau dah bayar tapi tak pergi.
sampai-sampai je semua peserta sudah pun memulakan larian.
warming up tak buat
stretching pun tak buat.
dengan selamba badak shark mulakan larian.
tebal muka jugak berlari keseorangan di belakang.
lari punya lari dapat juga kejar kelompok peserta.
Alhamdulillah sempat juga habiskan 10KM semalam.
dapat jugak medal finisher untuk koleksi.

half marathon kuantan 2015
medal #HKM2015 semalam memang smart
sakitnya tuh disini bila dah sampai kat rumah,
baru selangkah nak naik tangga menyirap sekejap darah ni,
lutut terasa sakit yang amat,
naik satu hal,
bila turun nak menangis pun ada
berkali ganda sakitnya.
terpaksa semalam naik turun tangga seperti ketam.
dalam kepala dah risau takut-takut serius jadinya.
nasib baik jugak ada sahabat-sahabat fisio bagi tips
lega dapat tahu itu hanyalah simptom biasa.
dalam masa seminggu ni terpaksa ler berehat dulu kaki nie,
ambil pengajaran untuk next larian.
warming up dan stretching memang WAJIB dibuat.
jika tidak sengsara nanti.

half marathon kuantan 2015
selfie itu mesti
semoga bermanfaat.

#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari

Viewing all articles
Browse latest Browse all 877