Malam Nisfu Sya'ban |
hari ini adalah hari ketiga buku baru untuk amalan kita selepas Malam Nisfu Sya'ban.
mungkin ramai yang diluar sana menerima mesej memohon maaf seperti diatas,
katanya pada Malam Nisfu Sya'ban buku amalan ditutup dan ditukar dengan yang baru.
percaya atau tidak itu pilihan dan kefahaman masing-masing.
ada yang mengatakan dalil catatan buku amalan ini tidak kukuh.
dan ada yang berkata sebaliknya.
shark kongsikan bersama pendapat orang yang lebih arif mengenai fadhilat dan amalam Malam Nisfu Sya'ban
- Konsultasisyariah.com - Malam Nisfu Syaaban, Buku Amalan Ditutup?
- Dr.Maza - Kesahihan Amalan Dan Fadhilat Syaaban
- abuanasmadani.blogspot - Malam Nisfu Syaaban Tukar Buku Rekod
jadikan ianya satu ilmu dan bahan bacaan untuk kita sama-sama mantapkan keimanan kita..
berkenaan mesej yang banyak diterima pada hari isnin yang lalu,
ramai jugak yang memohon ampun dan maaf,
adakah ianya ikhlas atau sekadar copy paste sahaja,
harap-harap ianya ikhlas.
zaman sekarang memnag mudah untuk meminta maaf.
hanya buka status di laman sosial sahaja sudah cukup.
bila dah masuk hari ketiga ni agak-agak apa amalam yang dah kita buat,
dah pergi masjid bagi yang dekat?
cukup sempurna solat 5 waktu untuk hari ketiga?
dah masuk buku baru nie.
kalau masih lagi catatan sama seperti buka lama tiada makna ler anda memohon maaf.
tiada guna ler anda memeriahkan malam Nisfu Sya'ban tempoh hari,
dah dapat buku simpan dalam almari jadikan hiasan.
tahun depan tukar buku baru simpn lagi dan jadikan hiasan lagi.
semoga bermanfaat
#prayforpalestine
#prayforgaza
#prayformh370
#kelabbloggerbenashaari