tak lama lagi kerap ler aku turun kL kalau dah siap laluan Rangkaian Rel Pantai Timur ( ECRL ) yang dirasmikan oleh PM pagi tadi...katanya hanya 90 minit Kuala Lumpur Kuantan...kalau naik kereta atau bas standard dalam tiga atau empat jam perjalanan tue...dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2021...lambat lagi nak merasa.
projek keretapi ECRL ni menghubungkan tiga negeri pantai timur iaitu Pahang , Terengganu dan Kelantan...dengar kata dari KL ke Kelantan ambil masa 4 jam sahaja...kalau betul seperti yang dijadualkan memang ramai ler lepas ni orang Pantai Timur balik beraya naik kereta api...aku masih ingat lagi kenangan tahun 2014 balik kampung beraya di Kelantan...dari Kuantan nak masuk ke Kelantan tu makan masa 11 jam...kalau dari KL tu aku tak tahuler...naik kematu buntut duduk dalam kereta.
harap-harap projek ini akan siap mengikut jadual...kalau dah jimat masa perjalanan rasanya lepas ni tak ada alasan ler untuk anak-anak tak balik kampung tengok mak ayah...yang merasa nak kerja kat KL pun boleh kot kalau dah siap keretapi ni.
apa-apa pun kena tunggu projek Rangkaian Rel Pantai Timur ni siap sepenuhnya...awal lagi nak pasang angan-angan...terima kasih buat kerajaan Malaysia...terima kasi PM...nanti kami pangkah kertas undi kalau dah siap.
hahhahahaha...
ECRL |