Quantcast
Channel: Shark Razali
Viewing all articles
Browse latest Browse all 877

Berjaya Tafsir Lagu Pejamkan Mata Malique

$
0
0
dua hari yang lepas MV Official Pejamkan Mata Malique feat Dayang Norfaizah sudah pun keluar...setakat harini video dari Warner Music ni trending #4 di Youtube...barisan pelakon yang ada dalam muzik video ni memang aku respect semuanya...mungkin nampak macam simple dan susah nak paham apa yang ada dalam MV ni..tapi pedulik apa , yang penting isi lagu ni yang bagi aku masterpiece.
 
MV Official Pejamkan Mata
MV Official Pejamkan Mata

lagu ni memang tiptop dari segi lirik dia...kalau dengar pertama kali memang susah nak hadam apa yang cuba disampaikan oleh Malique..kali kedua dengar pun sama...begitu tinggi penggunaan bahasa dalam lagu ni...mungkin orang sastera jer yang boleh tafsir maksud disebalik lirik Pejamkan Mata.

cari punya cari akhirnya terjumpa jugak dengan komen sorang insan bernama Hazizi Azizan yang berkongsi maksud sebenar lagu Pejamkan Mata ni...aku kongsikan bersama dalam entry ni sebab aku tahu ramai yang sebenarnya malas nak cari apatah lagi nak explore bahasa-bahasa sastera nie...tahu nak rap jer...kredit pada beliau yang rajin dan berjaya pecahkan kod bait-bait lirik lagu Pejamkan Mata.

 *************************************************************

Sebermula maka dipaksa diam Dengar, patuh dan terpaku tunduk 
[Lahirnya seorang insan di dunia , di azankan dandi islamkan tanpa bantahan ]

Selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk 
[Bersaksi tiada Tuhan melainkan Dia] 

Tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai Kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai 
[Berkisah kan alam pekerjaan yang Tenaga pekerja adalah sumber kewangan si Majikan , si kaya bertambah kaya dan si miskin tetap di tahap yg sama . ] 

Berontak, dongak, lembayung ku ternampakan Si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan Dah diragut total, cinta resiprokal Bila dipersoal kekal equivokal
[Maaf masih mencari makna rangkap ini , mungkin berkisarkan sang pekerja mula memberontak kerana tahu diri dipergunakan oleh bangsa/agama sendiri sehingga kehilangan hartaatau mungkin masa untuk beribadah . dan bila pekerja mengajukan soalan mungkin jawapan diterima tidak memuaskan hati/acuh tak acuh . ] 

Katanya tanggal tali leher itu Cukuplah seharian digembala(1) Lupuskan logarithma yang menghantui kepala(2) 
[mungkin Penulis di nasihati seseorang supaya Berhenti lah mengejarkan dunia (1) , buangkan sifat materialistik (logahrithma/angka/duit) dalam diri (2) .] 

Dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur Karektor kartun kantor dan karikatur diktator
[Penulis mula mendalami dan tersedar yang realiti alam pekerjaan hanya medan mengerah tenaga si pekerja tanpa belas kasihan] 

Dikabur takbur shabab yang bermusim(1) Tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim(2)
[penulis tidak berminat dgn Typical Muslim (1) yang hanya berpusu pusu memenuhi ruangan masjid apabila bulan Ramadhan (2)] 

Al-Malik, Al-Kudus, As-Salam, Al-Mukmin
[Penulis gunakan Asmaul Usna untuk memberitahu Yang di dunia ini semua milik Allah(al-Malik), Bersyukur lah sentiasa dgn Zikir dan solat (al-Kudus) maka diri akan sentiasa disejahterakan Allah (As-salam) yang penting kejujuran dalam Ibadah (al-mukmin) ] 

Ubat gementar senja (1) suara ngekor roh (2) ke kasur (3)
[keadaan Penulis apabila ingin tidur (1) dan kedengaran azan maghrib (2) sambil beralaskan katil (3) ] 

Masyghur, runsing… jah
[keadaan penulis yg sedih apabila sedar apa yg dikejarkan di dunia tidak membawa apa apa kebahagian (Masyghur) , dan mula tertanya akan diri apa yg patut dikejarnya(runsing) ialah Amalan (jah - bermaksud God/Tuhan . bila kita kejar tuhan kita kejar dengan amalan )

aku terdengar suara itu lagi dari tenggara namaku diseru 
[ penulis terdengar seruan solat/azan] 
p/s : masih mencari maksud 'Tenggara'

disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
[is regarding 4 candles burning (dlm Alhamdulillah english pun ado malique ckp) which each candles relates to Hope, Peace, Faith and Love. kiranya dia terdengar hasutan suruh dia give up dgn kehidupan dia (boleh relate dgn next phrases) ]

katanya mata penamu tak mencoret solusi kata magismu takkan mampu cetus revolusi
[mungkin penulis dinasihati oleh seseorang supaya berhenti membuat karya tentang keagamaan kerana karya2 beliau tidak membuahkan hasil (cth: Teman Pengganti) dan mungkin itu juga penyebab ini ada lah album melayu terakhir penulis?) 

manusia kan sentiasa menyakiti (1)yang tak membunuh (2) buatmu kebal sehari lagi (3)
[Penulis berkata Manusia tidak pernah berhenti menyebarkan fitnah (1) yang tidak memberi kecederaan kepada fizikal tetapi batin (2) jadi bangkit lah dan lalui harian mu seperti biasa (3) .]

masa untuk koktel Lorazepam (1) , Ambien (1.1) ,Risperdal (2)
[Penulis sudah letih melihat dunia yg penuh dgn kefasikan(1 , 1.1) , tiba masa penulis ingin menenangkan jiwa nya (2)]

semoga afdal bertemu di astral
[Penulis berkata semoga yg terbaik (jujur dlm ibadah dan perilaku) bertemu disyurga]

selamat tiba kita ke republik cinta lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan
[Penulis ingin mengambarkan keadaan di syurga yg limitless dari segi luas dan waktu , dipenuhi hamba Allah yg dibersihkan dari dosa dosa semasa di dunia , tiada lagi agama atau kepercayaan didalam syurga )

arasy yang tiada penghuni mengugut buli tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakandi hati dan pituitari menarinya tanpa bumi menyanyinya(zikir/ibadah) tanpa bunyi, keghaibannya(pahala) kita raikan [Penulis menasihati apabila sembahyang mengaji sedekah takpayah nak riuh riuh . diam diam sudah . buat baik dalam diam Tuhan nampak . takperlu post dkt social media pun dapat pahala .even cerita nabi nabi pun golongan yg masuk neraka Dermawan(keranaingin dipuji) , Alim(kerana ingin dihormati) , Jihad(kerana ingin dingati) sbb suka menunjuk .] 

hakikatnya nirvana di sana di sini masih lagi samsara 
[penulis tersedar hakikatnya kehidupan abadi/kekal adalah di akhirat dan dalam misi mendalami agama .] 

cuba tak diperhambanya dunya sukar tapi aku cubasukar tapi aku cuba ya
[penulis masih mencuba/bersusah payah supayatidak diperhambakan duniawi]


***************************************************************
 
amacam..
dah ada yang paham?
cantik dan indah bukan lirik Pejamkan Mata Malique feat Dayang Nurfaizah nie.
kalau tak masuk dan menang Juara lagu nanti aku tak tahuler nak kata apa.

Salute The General.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 877